Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Muktamar PAS Ke-63 Platform...

ALOR SETAR - Muktamar PAS ke-63 yang bakal berlangsung di Kedah pada penghujung...

Jangan Buat Spekulasi Siasatan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta semua pihak...

Tinjauan: 64 Peratus ‘Gembira’...

UMUM sudah maklum mengenai peletakan jawatan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Nurul Izzah HARAM Masuk...

KUCHING - Larangan masuk ke Sarawak yang dikenakan ke atas Anggota Parlimen Lembah...

Aksi Aliff Syukri Masa Drive Kereta Baru… Serius Lawak!

JUTAWAN kosmetik yang terkenal dengan tagline ‘terlajak laris’, Datuk Alif Syukri sememangnya cukup terkenal dengan hobinya yang gemar mengumpul kereta mewah.

Antara yang pernah mendapat perhatian media suatu ketika dahulu, adalah kereta Rolls-Royce miliknya yang bernilai jutaan ringgit.

Terbaharu, pemilik D’herbs ini sekali lagi dikatakan menambah koleksi kereta mewahnya dengan membeli sebuah kereta jenis Mercedes benz SLK 350.

Seperti biasa, Aliff akan berkongsi dengan pengikut mengenai aset baharunya itu di laman Instagram.

Pun begitu, peminat bukanlah berminat untuk melihat kenderaan tersebut sebaliknya lebih tertumpu kepada video aksi memandu abang terlajak laris itu.

Ini gara-gara aksi Aliff yang teruja melihat bumbung kenderaan itu terbuka hinggakan dia tidak sabar-sabar memandu lalu menyebabkan dia terlupa membuka bumbung kereta itu sepenuhnya


Ungkapan si penjual kereta kepada Aliff, “Datuk tarik dengan penuh kesabaran.. penuh kesabaran… penuh kesabaran,” juga membuatkan netizen terkekeh-kekeh ketawa.

Video berkenaan telah ditonton lebih 320,000 kali dan mendapat komen daripada ribuan pengikut laman sosialnya itu.

Sementara itu, Aliff menjelaskan kereta itu sebenarnya ingin dihadiahkan kepada seseorang, namun dia tidak mendedahkan siapakah individu yang bertuah itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori