Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pyongyang Beri Amaran Kepada...

NEW YORK - Penyertaan tiga pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat (AS) dalam latihan...

PAC Akan Panggil Semula...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula bekas Presiden...

Rakyat Mempersoalkan Pelantikan Lim...

AKHIRNYA Lim Guan Eng mengangkat sumpah juga sebagai Menteri Kewangan. Apa sudah jadi...

Hospital Tampil Perjelas Dakwaan...

HOSPITAL swasta yang dikatakan memecat seorang jururawat wanita gara-gara menutup aurat, akhirnya tampil...

Alif Bimbang Suara Hilang Ketika Pementasan Teater

HANYA tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pementasan teater Dia Semanis Honey dimainkan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Sudah tentunya latihan sedang giat dijalankan krew produksi termasuk para pelakon yang pastinya ingin memberikan persembahan terbaik buat semua peminat setia drama popular itu.

Namun, di sebalik latihan berterusan itu, teraju utama teater tersebut, Alif Satar meluahkan rasa kebimbangannya mengenai keadaan suaranya yang mungkin hilang ketika pementasan nanti.

Astro Gempak melaporkan, Alif Satar yang memegang watak utama sebagai Ahnaf Wafiy itu terpaksa menjalani latihan lebih 10 jam pada setiap hari.

Menurutnya, latihan tersebut memang menguji fizikal dan mengakui cara kerja teater sangat tinggi.

“Cuma apa yang merisaukan saya ialah suara, bukan kita minta hilang suara tapi rasa khuatir itu tetap ada.


“Berlatih dan menyanyi setiap hari membuatkan suara saya agak serak. Tapi setakat ini Alhamdulillah semuanya baik-baik saja,” katanya.

Teater tersebut bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya selama tujuh hari bermula 3 hingga 9 Januari 2017 diarahkan pelakon Dira Datuk Abu Zahar dan Syed Zalihafe Syed Alwee. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori