Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Indonesia Enggan Dedah Laporan...

Pihak berkuasa Indonesia tidak akan mendedahkan laporan awal tragedi nahas pesawat AirAsia Indonesia...

Bukan Tak Boleh Tapi...

KUALA LUMPUR - Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara, Mohd. Amir Abdul Ghani...

Najib: Pembangkang Sabotaj Ekonomi,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak...

Punca Sebenar Fara Fauzana...

FARA Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Binti Mohd. Fadzil yang berkhidmat di...

Anak Mangsa Kemalangan Di Pendang Masih Di ICU

ALOR SETAR – Seorang anak pasangan guru yang maut di Alor Punti, Pendang, malam semalam (Sabtu) masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas menjalani pembedahan pada bahagian abdomen petang semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata pembedahan itu dilakukan selepas mangsa yang berumur 11 tahun mengalami perdarahan pada bahagian limpa akibat kemalangan terbabit.

Katanya, mangsa juga masih tidak sedarkan diri dan diberi bantuan alat pernafasan, namun keadaannya stabil.

“Kesemua lima beradik yang menerima rawatan ini mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh badan.

“Empat daripadanya dalam keadaan sedar dan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr. Norhizan berkata adik-beradik itu juga kini di bawah pengawasan rapi pakar perubatan.


Dalam kejadian 11.30 malam, 17 Dis, pasangan suami isteri tersebut Mohd Padzil Rashid, 50, dan isterinya, Masmiwaza Mohd Noor, 42, masing-masing merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang dan SMK Tobiar, maut selepas MPV dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler di Kampung Alor Punti, Pendang.

Kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Titi Haji Idris menghala ke rumah mereka di Taman Setia, Pendang yang terletak kira-kira lima kilometer.

Tragedi itu turut mengakibatkan lima anak mereka iaitu, Maisarah, 14, Masyitah, 12; pasangan kembar iaitu Muhammad Asyraf dan Muhammad Akmal, 11; dan Munirah, 6, cedera parah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori