Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

3 Cedera Parah, Letupan...

KUALA LUMPUR - Tiga pekerja warga Bangladesh cedera parah dipercayai akibat letupan di...

Tiada Saliran Air Pada...

HULU SELANGOR - Proses pemetaan yang dibuat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di...

PAC Harap Audit Dapat...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyambut baik arahan Kabinet untuk...

“Saya Mengaku Silap Bila...

TUKANG masak terkenal Chef Wan membuat permohonan maaf selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi mahu...

Anak Maut Digilis Bapa Sendiri Di Pontian

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut digilis sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu ayahnya di sebuah kolej di Pulai Sebatang, Pontian, semalam.

‎Ketua Polis Daerah Pontian, Supt. Zakaria Abdul Rahman berkata pada kejadian 11.40 pagi itu, pemandu tersebut tidak menyedari akan kehadiran anaknya yang berada di hadapan ‎kenderaan ketika hendak memulakan perjalanan.

Katanya, tindakan tersebut menyebabkan kanak-kanak itu tergilis. ‎

“Pemandu yang berasal dari Selangor itu datang ke Pontian untuk menguruskan urusan salah seorang anaknya ke sebuah kolej di sini.

“Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pontian dan bedah siasat juga tidak dijalankan atas permintaan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori