Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Belum Dapat Disahkan Objek...

KUALA LUMPUR - Belum dapat disahkan bahawa objek yang ditemui di Mozambique ialah...

Anggota UMNO Ingin Sertai...

ALOR SETAR - Pemimpin UMNO yang ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

Seorang Warga Malaysia Cedera...

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan hanya seorang warga Malaysia yang cedera akibat insiden rempuhan...

Ibu Bapa Perlu Utamakan...

KANGAR - Ibu bapa perlu memberi keutamaan terhadap perkembangan pendidikan awal dan pembentukan...

Anak Pemilik Rumah Kedai Maut Dalam Kebakaran

SUNGAI PETANI – Anak kepada pemilik sebuah rumah kedai maut dalam kebakaran di Taman Sutera Jaya, Jalan Kuala Ketil, di sini, pagi ini.

Mangsa, Mohd Shahril Azwan Abdullah, 29, dijumpai tidak sedarkan diri di dalam tandas tingkat bawah rumah kedai itu oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sungai Petani yang menjalankan operasi pemadaman.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Kedah, Nur Hafizah Mohamad Lokman berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.27 pagi.

Sejumlah dua pegawai dan 14 anggota terlibat dalam operasi terbabit yang turut melibatkan sebuah lori tangki air dan jentera Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) yang tiba 15 minit kemudian .

“Tindakan pemadaman dan mengeluarkan mangsa telah dilakukan, pengesahan dari pihak hospital juga memaklumkan mangsa telah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.


Nur Hafizah berkata, api dapat dikawal kira-kira jam 6.46 pagi dan siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai selepas terhidu asap tebal dan terperangkap di dalam tandas.

“Kita berjaya mengawal kebakaran ini, namun api yang marak memusnahkan 40 peratus rumah kedai berkenaan,” katanya.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori