Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tindakan Yang Menakjubkan Bila...

KEMAMAN - Keputusan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada...

Datin Mastura Maafkan Pemfitnah...

KUALA KANGSAR - Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen...

Pasma Gesa Azmin Sisihkan...

GEORGETOWN - Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) menggesa kerajaan negeri Selangor supaya mengikut...

Jenama Nasi Kak Wook...

KOTA BHARU - Perusahaan Nasi Kak Wook yang terkenal di Kelantan memberi amaran...

Anggota Komponen BN Mesti Setia Sokong Calon Parti

KUALA LUMPUR – Anggota parti komponen mesti mempunyai ‘DNA’ Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kesetiaan untuk menyokong calon perikatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Semestinya, apa yang penting adalah parti komponen kita perlu menggamit semula DNA parti mengikut keahlian parti masing-masing, bukannya mereka menjadi DNA parti tetapi menyokong calon parti pembangkang,” katanya.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata demikian dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini yang turut dihadiri Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO dan setiap parti komponen BN perlu melipatgandakan usaha dalam memasang strategi mempersiap jentera masing-masing menghadapi PRU14.

“Saya telah seru dan bangkitkan perkara ini ketika merasmikan persidangan sayap sebelum ini. Kita mahukan UMNO dan komponen bekerja sekuatnya. Bukan bekerja hanya untuk UMNO atau kawasan yang ditandingi tetapi untuk semua. Saya harap akan ada perubahan drastik selepas ini,” katanya.


Sementara itu, Hishammuddin berkata, parti komponen tidak mempunyai pilihan untuk memastikan calon yang ditampilkan menang kecuali perlu menyelaras gerak kerja bersama untuk mendepani pilihan raya umum.

“Kita sudah lakukan ini sejak dahulu lagi dan memang tidak ada pilihan jika mahu melihat calon BN menang dalam PRU.

“Di kawasan saya sendiri (Parlimen Sembrong), MCA dan MIC sentiasa bekerjasama dan bersatu padu dengan UMNO untuk terus mencari pendekatan dan kaedah sesuai bagi memenangi pilihan raya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori