KUALA LUMPUR – Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) di perairan Condore, Reef North, dan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Ahad ini.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini berkata keadaan angin kencang dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut. – BERNAMA