Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiga Bersaudara Direman Bantu...

IPOH: Tiga bersaudara direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan...

RFID: PLUS Perlu Cari...

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mengarahkan PLUS Malaysia Bhd (PLUS),...

100 Pelajar Sekolah Menengah...

IPOH - Sebanyak 100 pelajar sekolah menengah di Perak, hari ini menerima skim...

Kim Jong Un Dakwa...

PEMIMPIN tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un mendakwa beliau berjaya menemui penawar bagi...

Anifah Sedia Bincang Dengan Suu Kyi Isu Di Negeri Rakhine

PUTRAJAYA – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sedia berjumpa dan berbincang dengan rakan sejawatannya dari Myanmar, Aung San Suu Kyi tentang bagaimana Malaysia boleh membantu Myanmar mencari penyelesaian yang adil, pantas dan berpanjangan terhadap isu yang berlarutan di Rakhine, sebuah negeri di utara negara itu.

Dalam responsnya terhadap artikel bertajuk “Myanmar’s Snub to Malaysia’s Megaphone Diplomacy,”, Kementerian Luar berkata Malaysia bimbang sekiranya kerajaan Myanmar tidak mengatasi krisis di Rakhine dengan segera, ia akan menjejaskan keselamatan dan kestabilan di rantau ini, termasuk Malaysia.

“Kebanjiran semakin banyak pelarian ke negara jiran, termasuk Malaysia, akan menyaksikan berulangnya krisis orang hanyut 2015,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengimbau kembali krisis orang hanyut 2015, Anifah memainkan peranan penting bagi pihak Malaysia dengan segera memanggil mesyuarat tiga pihak di Wisma Putra pada Mei 2015, yang turut melibatkan Indonesia dan Thailand, bagi membincangkan dan menyelesaikan isu tersebut, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, hasil daripada mesyuarat berkenaan, Malaysia dan Indonesia bersetuju memberi bantuan kemanusiaan serta tempat tinggal sementara kepada kira-kira 7,000 orang hanyut yang terkandas di sempadan maritim tiga negara terlibat sementara menunggu mereka diberi penempatan baharu atau dihantar pulang ke negara asal.

“Dalam hal ini, peranan utama yang dimainkan Malaysia membawa kepada kejayaan dalam menyelesaikan krisis itu, di samping menyelamatkan nyawa mereka yang tidak bersalah,” kata kemenetrian itu.

Kementerian Luar menegaskan bahawa berdasarkan hakikat itulah Malaysia berpendapat keadaan semasa di negeri Rakhine bukan lagi merupakan “hal ehwal dalaman’, tetapi isu yang boleh memberi kesan buruk di peringkat serantau.

Negara anggota ASEAN sebagai suatu komuniti negara bertanggungjawab untuk memperjuangkan dan melindungi hak dan kebebasan asasi manusia mengikut Piagam
ASEAN dan Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu serta Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN, katanya.


Kementerian itu berkata dalam konteks inilah, Malaysia, sebagai negara anggota ASEAN, mengambil pendirian teguh terhadap isu berkenaan.

“Malaysia perlu bersuara tentang isu berkaitan pencabulan hak dan kebebasan asasi manusia yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana tindakan yang diambilnya itu merupakan suatu langkah betul,” katanya.

Mengenai dakwaan bahawa tindakan Malaysia kebelakangan ini “tidak bersifat ASEAN” dan mungkin boleh menjejaskan kedudukan Malaysia untuk memainkan peranan berwibawa bagi mencari penyelesaian jangka panjang di negeri Rakhine, kementerian itu berkata ia percaya bahawa berikutan sikap vokal Malaysia berhubung isu itulah Myanmar akan menjadi tuan rumah Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN pada 19 Dis bagi membincangkan keadaan yang sedang dihadapi.

“Kesediaan Myanmar untuk menangani kritikan secara berdepan merupakan suatu perubahan sikap bagi negara itu, sama seperti perubahan dalam nada Malaysia
untuk berurusan dengan Myanmar.

“Kami menyambut baik perkembangan positif ini,” kata kementerian itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori