Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Yasmin Ahmad: Karya Sentimentalnya...

SETIAP kali tibanya syawal hati dan perasaan pastinya dicuit dengan rasa pilu tatkala...

Lorong Tol Tanpa Palang,...

Kementerian Kerja Raya (KKR) menyasarkan untuk memperkenalkan sistem kutipan tol tanpa henti yang...

Keranda Guru Dipenuhi Lukisan...

SEORANG guru wanita meninggal dunia selepas bertarung nyawa dengan penyakit kanser. Guru besar di...

Belum Tentu Mahathir Dilantik...

PEMILIHAN Perdana Menteri ke-7 negara akan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata Perdana...

Anugerah Puskas: Faiz Harap Terus Dapat Sokongan

GEORGE TOWN – Pemain skuad Harimau Kumbang, Mohd. Faiz Subri berasa terkejut apabila namanya berjaya diumumkan menjadi tiga calon akhir Anugerah FIFA Puskas lewat Jumaat.

Beliau secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada jutaan rakyat Malaysia yang setia mengundi jaringan ajaib pernah dilakukannya itu menerusi laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Mohd. Faiz , 29, turut terharu kerana berjaya meletakkan nama negara pada anugerah utama bola sepak dunia dan berharap impian untuk menjadi pemain tempatan pertama memenangi trofi Puskas menjadi kenyataan.

“Terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) yang hantar video jaringan itu, juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang turut mengundi.

Baca: Gol Ajaib Mohd. Faiz Subri Sah Antara 3 Terbaik Di Dunia

Juga: Puskas FIFA – FAM Ucap Tahniah Kepada Mohd. Faiz Subri

“Serta tidak dilupakan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tetap mengundi diri saya,” kata pemain kelahiran Air Itam, Kedah itu ketika ditemui para pemberita di sini semalam.

Menerusi senarai yang diumumkan menerusi laman web rasmi FIFA, pemain Brazil yang mewakili kelab Corinthians, Marlone dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venuezuela turut dicalonkan.

Proses pengundian peringkat kedua telah dibuka semalam dan pemenang hanya akan diumumkan dalam satu majlis khas Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland dijadualkan pada 9 Januari depan.


Jaringan berkenaan dilakukan menerusi sepakan percuma yang disifatkan sebagai melawan hukum fizik oleh bekas pemain kebangsaan itu ketika Pulau Pinang menewaskan Pahang 4 – 1 di Stadium Bandaraya.

Mengulas mengenai peluang untuk menang, Mohd. Faiz berkata, harapan kini tersandar kepada seluruh penyokong tempatan dan berharap mereka akan terus mengundinya sehingga pengundian ditutup 9 Januari ini.

“Sekiranya menang, anugerah itu bukan hanya mewakili diri saya seorang tetapi seluruh rakyat Malaysia khususnya penyokong arena bola sepak tempatan,” ujar beliau lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori