Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pingat Perak Sangat Bermakna...

SEPANG - Pingat perak Olimpik yang diraih pemain beregu lelaki negara, Tan Wee...

Lebih 100 Kes Tolak...

TAPAH - Sebanyak 102 kes ibu bapa menolak suntikan vaksin untuk anak mereka...

Que Haidar ‘Dikecam’ Sebab...

SUDAH lama tidak mendengar perkembangan terbaharu aktor Que Haidar selepas dia menyepikan diri...

Datuk 80 Tahun Pecah...

SEORANG lelaki berstatus datuk memecah tradisi dalam dunia peragaan China apabila mencuri perhatian...

Apa Diheboh Mahathir Nan Seorang…

DUA tahun lalu ketika mula agresif menyelar PM, ketrampilan agresif Mahathir mungkin ada aura. Namun sekarang, setelah asyik mengitar semula idea yang sama, Mahathir dilihat tidak ubah seperti Seorang Tua di Kaki Gunung. Atau lebih menyedihkan, sikap kecewanya ibarat Lelaki Tua & Laut.

Mahathir menyerang segenap pelusuk secara peribadi. Menggunakan pendekatan berdasarkan pengalaman dan penderitaan peribadi yang dialaminya akibat serangan musuh sepanjang menjadi PM duku. Mahathir menyerang dengan menggunakan kaedah: Mengulang-ulang Hujah yang Sama akan Membuatkan Orang Percaya pada Dakwaanya.

Dua tahun lalu, Mahathir bermain dengan angka kerugian kewangan 1MDB untuk mencela PM. Sebagai mantan PM, cakap-cakap Mahathir waktu itu ada impak. Mahathir berjaya menjejaskan imej PM.

Tetapi tiap benda ada jangka hayatnya. Apabila berulang kali menyerang PM dengan isu 1MDB serta berserabut dengan angka kerugian yang bercelaru antara RM27 bilion hingga RM42 bilion, Mahathir mula jadi membosankan.

Menjijikkan, kerana ia memgelirukan kepentingan awam yang mengikuti fakta paparan Mahathir. Apa tidaknya, sebagai mantan PM, masyarakat pada waktu itu pastinya beranggapan Mahathir memiliki sumber maklumat yang terpelihara.

Tetapi Mahathir menyertai Rafizi PKR. Bermain dengan teknik serangan berbekalkan angka untuk mengukuhkan hujah supaya serangannya dilihat mempunyai asas. Tetapi akhirnya, angka-angka yang kerap berubah membuatkan timbul keraguan.
Mahathir, seperti juga Rafizi PKR, terkeliru oleh niat untuk melondehkan maruahbPM. Tetapi pada masa yang sama, gagal bersikap konsisten dalam soal angka.
Memang tiap hujah ada jangka hayat. Akhirnya seorang pengarut seperti Mahathir sudah tidak relevan dalam politik masa kini. Walaupun nama Mahathir mungkin besar kerana statusnya sebagai mantan PM selama 22 tahun.


Tetapi mantan PM ini sudah berserabut. Apa lagi dalam keadaan parti yang dijaganya, PBBM kini pun dipenuhi skandal seks. Mahathir sebagai orang tua, harus melihat Kaki Gunung yang kini mulai kotor dengan kejadian maksiat. Atau merenung Laut yang sudah dipenuhi dosa senggama seks.
Membersihkan PBBM tugas Mahathir yang penting sekarang. Berhentilah menyibuk soal BR1M atau kisah Umno. Sebagai Seorang Tua, bersihkan dulu maksiat dalam rumah anda!

Anda tidak boleh berlari ke sana sini dengan maksiat kerana ia beban yang memalukan! -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori