Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Dakwaan Itu Palsu”- Ujar...

TERKEJUT dengan penarikan gelaran ratu cantik Miss Malaysia 2016 yang dimenangi, Tatiana Kumar...

Adam Levine Kongsi Gambar...

SETELAH hampir seminggu bergelar bapa, vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine akhirnya sudi...

Liza Hanim Bakal Jadi...

“SAYA sudah bersedia kembali!”. Itulah pengakuan terbuka Liza Hanim untuk mewarnai dunia hiburan...

5 Orang Maut Pertempuran...

TALUQAN (Afghanistan) - Sekurang-kurangnya lima orang awam maut manakala 13 lagi cedera apabila...

Apakah Air Percuma Di Selangor Juga Rasuah?

1. AZMIN bersetuju dengan dakwaan Tun M bahawa BRIM adalah rasuah. Ia berbeza dengan pandangan Wan Azizah yang menolak pandangan Tun M itu.

2. Persoalannya, apakah pemberian air percuma sebanyak 20 cubic meter di Selangor yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.1 Bilion sejak 2009 itu bukan rasuah?

3. Kata Azmin pemberian BRIM melibatkan wang tunai berbanding pemberian air percuma. Di mana Azmin belajar bahawa pemberian rasuah hanya melibatkan wang tunai. Menyogok dengan menggunakan barangan seperti pemberian rumah, kereta, jam tangan dan lain lain juga rasuah jika ia berniat songsang. Ini termasuk penyediaan perkhidmatan seperti pelacur dan habuan seks. BRIM diberikan kepada mereka yang layak sahaja tanpa mengira sokongan politik mengikut jumlah pendapatan. Ia juga usaha membaiki sistem pemberian subsidi secara pukal yang dinikmati oleh orang kaya dan warga asing.

4. Jika Azmin mengatakan BRIM adalah rasuah, Azmin perlu menghentikan dulu pemberian air percuma. Azmin juga perlu keluarkan kenyataan terbuka supaya penyokong pembangkang berhenti mengambil BRIM kerana ia adalah rasuah. Beranikah Azmin? Jika rakyat bersetuju dengan dakwaan Azmin dan Tun M bahawa BRIM adalah rasuah sudah tentu ramai yang berpusu pusu datang ke pejabat LHDN meminta supaya nama mereka dikeluarkan daripada senarai penerima BRIM.

5. Apa yang lebih menghairankan ialah ramai ahli Parlimen pembangkang tanpa segan silu membuka kaunter pendaftaran BRIM di kawasan mereka. Beranikah juga Tun M dan Azmin mengarahkan mereka berhenti melakukannya? Dan menuduh mereka ini juga sebagai pemakan rasuah?


6. Beranikah Tun M dan Azmin Ali?

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori