Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Hilang Ketika...

JULAU (Sarawak) - Seorang warga emas yang hilang sejak Jumaat lalu selepas masuk...

Lelaki Ditahan, Curi 140...

SEORANG lelaki telah ditahan oleh pihak polis selepas dia didakwa telah mencuri 140...

Terbongkar… Adik Dedah Jantina...

PERSOALAN mengenai jantina sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat rupa-rupanya pernah dibongkarkan oleh ahli...

Pelantikan TPM Bukan Habuan...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana...

APM Sedia 300,000 Anggota Bantu Operasi Hadapi Banjir

TAWAU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersedia menggerakkan kira-kira 300,000 anggota bagi membantu operasi menghadapi banjir di seluruh negara, kata Pemangku Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Selamat Dahalan.

Beliau berkata ketika ini hanya 300,000 anggota sahaja bergiat aktif dan boleh digerakkan pada bila-bila masa meskipun anggota berdaftar APM sebenar mencecah 1.04 juta anggota.

“Anggota yang aktif ini termasuk yang aktif memberi khidmat bantuan dan turun latihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Bersekutu dan Tamat Kursus Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Komuniti Negeri Sabah Siri 1/2016 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Selamat berkata APM sentiasa fokus untuk menambah bilangan keanggotaan di semua lapisan peringkat umur untuk sama-sama berkhidmat membantu ketika berlakunya bencana atau kecemasan.

“Sasaran ingin mencapai dua juta anggota namun ekoran kekangan kewangan untuk latihan tinggi jadi kita menyasarkan 100,000 anggota dilatih setiap tahun, katanya lagi.


Menurutnya di Sabah sahaja APM mempunyai 2,307 anggota yang boleh digerakkan apabila berlaku sebarang kecemasan bencana atau banjir dengan turut mendapat kerjasama daripada agensi berkaitan lain.

Terdahulu pada majlis itu, 39 Pegawai Bersekutu Lantikan Baru dan 130 orang Kadet PISPA dari 8 Kolej Komuniti seluruh negeri Sabah menerima sijil masing-masing.

Berkaitan PISPA, Selamat berkata pasukan itu bakal turut diberi pendedahan membantu mengurus bantuan mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan.

“PISPA kita libatkan membantu di pusat pemindahan dan tidak dilibatkan dalam operasi menyelamat di luar kerana mereka belum melalui latihan khusus” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori