BAGI yang puluhan tahun gembira melihat UMNO dan PAS bertegang urat dalam kancah politik tempatan, peristiwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak duduk bersebelahan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tentunya sesuatu yang menyakitkan mata.
Bagi yang selama ini menangguk keuntungan dalam krisis PAS-UMNO, persefaham PM dan Hadi Awang buatkan fikiran mereka menjadi tidak keruan. Rasa cemas dan sakit hati merasuk jiwa. Macam-macam komen dibuat hingga hilang rasionalnya. Apakah atas nama ummah dan demi sejuta nyawa umat Islam Rohingya, PM dan Hadi Awang tidak boleh berjuang bersama?
Apakah solidariti kedua-dua pemimpin berpengaruh ini sesuatu yang aneh? Apakah demi sejuta nyawa umat Islam Rohingya, solidariti kedua-dua pemimpin bersama 20 ribu peserta yang berhimpun di Stadium Titiwangsa pada pagi 4 Disember tidak relevan?
Syaitan pasti berpesta. Rasa geram dan sakit hati mereka yang kecewa dengan usaha solidariti ini satu gambaran: Sejauh manakah syaitan sudah berjaya merasuk jiwa pelobi permusuhan Islam yang mabuk politik hingga beranggapan: UMNO dan PAS harus terus bermusuh. PM dan Hadi Awang pula, jangan sesekali bersatu! Bermusuhlah. Jangan jadikan nasib umat Rohingya sebagai alasan untuk berganding bahu!
Walaupun PM dan Hadi Awang sekata dalam isu Rohingya, pelobi prejudis melihatnya sebagai survival politik. Secara sinis, disindirnya perpaduan ini sengaja menjadikan isu Rohingya sebagai alat kebangkitan sentimen Islam dalam menyatukan Melayu.
Bagi mereka, ini alasan ketika Melayu dan Islam sedang perpecahan teruk dalam empat penjuru komposisi politik berbeza ketika ini.
Aneh! Melayu boleh berpecah sebab politik! Tetapi di tangan pelobi prejudis: Melayu tidak wajar bersatu demi Islam.
Sudah-sudahlah. Pelobi prejudis ini sebenarnya berwajah sama seperti Yahudi. Sangat gusar kalau Islam bersatu. Sangat takut dan kecut, sekiranya lahir kesedaran demi ummah yang mampu menjadi tali yang menyatukan UMNO dan PAS.
Pelobi prejudis ini lupa: Bukan semua harga perpaduan ummah dibayar oleh laba politik. Dalam isu Rohingya – harga perpaduan dibayar oleh kepentingan nyawa sejuta umat Islam yang kini diambang maut.
Berbijaklah sebentar. Awasi pelobi Yahudi yang kini menyelit dengan pelbagai wajah penuh prejudis. Ingat! Yahudi tidak muncul dengan 12 bani kaumnya semata-mata. Bani ke 13 berada di tengah-tengah iltizam PM dan Hadi Awang yang sedang berjuang menuntut keadilan terhadap nasib dan nyawa minoriti Rohingya yang kini dibunuh setiap hari.
Pelobi Bani Yahudi 13 ini, tanpa sebarang rasa tanggungjawab, mahu umat Islam dan Melayu mengabaikan saja nasib minoriti Rohingya yang disembelih secara kejam sejam sejak 2012.
Di antara wajah Aung San Suu Kyi dan Rejim Tentera Myanmar, ada musuh yang perlu dikenalinya.
Berwaspada! Awasi Yahudi Bani 13. Mereka sedang bergerak di antara perpaduan kita! – MYNEWSHUB.CC