Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Melampau, Rafizi Ramli Minta...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin melampau.Selepas menghasut orang ramai supaya mempercayai...

Sel Khas Banduan IS...

PUTRAJAYA - Banduan yang dihukum penjara kerana terlibat dengan kumpulan militan Islamic State...

Polis Tahan Pemandu Pada...

VIRAL di laman sosial, beberapa gambar anggota polis trafik menahan kereta yang berada di...

Kementerian Pertahanan Lapor SPRM...

PUTRAJAYA - Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini...

Azwan Bro Angkat Sumpah Sebagai Senator

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro adalah antara enam individu yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di Dewan Negara pada Rabu.

Upacara dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S A Vigneswaran.

Turut mengangkat sumpah ialah Ketua Wanita Umno Perhubungan Negeri Melaka, Datuk Rabiyah Ali; Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Hanafi Mamat; Ketua Umno Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff; Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri Umno, Datuk Fahariyah Md Nordin dan Pengerusi Kluster Pendidikan Badan Perhubungan Umno Johor, Rahemah Idris.

Pelantikan mereka bagi tempoh tiga tahun.

Dalam ucapan aluannya, Vigneswaran berharap mereka yang dilantik dapat menunjukkan sikap, perwatakan, keperibadian tinggi dan bersopan-santun semasa menyertai sesi persidangan Dewan Negara.


“Sekarang ini saya risau kerana terdapat segelintir Yang Berhormat yang tidak menghormati kemuliaan Parlimen dan melanggar peraturan mesyuarat serta perlembagaan negara.

“Saya memperingati diri saya dan menarik perhatian semua Yang Berhormat supaya memahami segala peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan negara dan peraturan-peraturan mesyuarat (Dewan Negara),” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori