Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Suspek Panjat Kereta Khayal...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki yang memanjat bumbung sebuah PERODUA Myvi di bulatan...

LPP Saran Peladang Langkawi...

ALOR SETAR - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyarankan golongan peladang dan petani di...

120 Maut Dalam Serangan...

KANO, Nigeria - Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh dan 270 yang lain cedera apabila...

Dadah: Ezad Didenda RM3,500...

SUSULAN pengakuan bersalah terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah jenis syabu, penyanyi Ezad Lazim...

Bank Pusat Indonesia Cadang Singkir 3 Sifar Dalam Rupiah

JAKARTA – Bank pusat Indonesia sedang menghidupkan semula rancangan untuk pensederhanaan mata wang ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu walaupun di ambang ancaman kegawatan pasaran apabila Amerika Syarikat (AS) mempercepatkan proses kenaikan kadar faedah.

“Denominasi-semula mesti dilakukan sementara ekonomi masih stabil,” kata Timbalan Gabenor Senior Bank Indonesia Mirza Adityaswara kepada wartawan di Jakarta, Isnin lalu.

“Sekarang, pada masa ini, ia boleh dilakukan. Kadar pertukaran telah mengalami pergolakan tetapi ia tidak akan memberi terlalu banyak kesan. Pokoknya, ekonomi haruslah stabil.”

Rupiah merupakan salah satu mata wang yang mengalami denominasi tertinggi di Asia dan Bank Indonesia telah mencadangkan untuk menyingkirkan tiga sifar daripada mata wang tersebut bagi memudahkan pembayaran, lapor Bloomberg.

Pelan sama yang dicadangkan empat tahun lalu diabaikan semasa taper tantrum berlaku, apabila Rizab Persekutuan mengumumkan bahawa ia telah menarik balik rangsangan, mencetuskan pengunduran dalam aset pasaran baru, termasuk penjualan rupiah.

Pasaran kewangan telah didetarkan lagi sejurus selepas kemenangan mengejut Donald Trump bulan lalu dalam pilihan raya presiden AS, dengan rupiah merupakan salah satu mata wang yang terjejas paling teruk, jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua bulan pada 9 Nov. sejurus selepas kemenangan Trump diisytiharkan.

Mata wang kembali pulih sebanyak 1.3 peratus berbanding dolar bulan ini dan mencapai 13.383 pada 14:30 pada hari Isnin.

“Ekonomi dan rupiah telah bertahan dengan baik sebenarnya di bawah tantrum Trump,” kata Tim Condon, Ketua Penyelidikan Asia di ING Groep NV di Singapura. Dengan kerajaan telah menghapuskan subsidi bahan api, “sebenarnya tidak ada alasan untuk melihat kenaikan dalam inflasi dan mata wang seperti yang kita lihat pada masa lalu.”

INFLASI STABIL

Bank pusat itu berkata pengenalan unit baru mata wang tidak akan mengurangkan kuasa beli mahupun mempercepatkan ketidak tetapan mata wang dan ia seharusnya mendatangkan kesan minimum terhadap harga. Bank tersebut telah memastikan inflasi di bawah 5 peratus selama lebih setahun.


“Denominasi-semula adalah sesuatu yang memudahkan,” kata Adityaswara.

Pada majlis yang sama, Presiden Indonesia Joko Widodo berkata bahawa beliau mahu Parlimen untuk mempertimbangkan rancangan untuk menamai semula mata wang tahun depan.

Indonesia memohon tempoh peralihan yang panjang untuk menerima pakai apa-apa perubahan, dengan Widodo mencadangkan tujuh tahun bagi mencapai denominasi semula.

Langkah itu dilihat boleh membantu untuk mengelakkan gangguan kepada pengguna akibat pelarasan mata wang, seperti yang berlaku baru-baru ini di India dan Venezuela.

“Ini ternyata bakal membabitkan kos yang tinggi jika dijalankan tanpa prosedur yang rapi, jadi kita perlu satu tempoh peralihan bagi sektor perbankan dan sistem kewangan,” kata David Sumual, Ketua Ekonomi di PT Bank Central Asia di Jakarta.

“Pra-syarat untuk jenis polisi ini dalah keadaan ekonomi harus stabil, yang bermaksud kadar inflasi harus stabil dan mata wang juga dalam keadaan yang stabil.” MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori