Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sasaran 33.1 Juta Pelancong...

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yakin sasaran kedatangan 33.1 juta pelancong...

SOSMA Masih Ada Dan...

PETALING JAYA - “SOSMA masih ada dan dalam undang-undang boleh digunapakai, kita akan...

Kuala Lumpur 2017 Platform...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin optimis sasaran penajaan RM80 juta...

Anak ‘Show Off’ Di...

KEWUJUDAN akaun Rich Kids of ..... (nama bandar) adalah satu fenomena yang sering ditemui...

Bapa 3 Anak Didakwa Terima Rasuah RM30,000

KUALA LUMPUR – Seorang bapa tiga anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mene­rima rasuah RM30,000 daripada seorang penjawat awam, empat hari lepas.

Mahamad Shah Othman, 59, yang bekerja sendiri didakwa melakukan kesalahan tersebut di tandas lelaki, Mezzanine Floor, Hotel Sheraton Imperial di sini, pada 9.52 malam, 5 Dis lepas.

Tertuduh didakwa menerima wang suapan sebanyak RM30,000 daripada penjawat awam, Abdul Aziz Abdul Gaffor, 55, sebagai dorongan kononnya dia boleh menolong meringankan hukuman Abdul Aziz daripada hukuman penjara kepada denda di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang masih dalam perbicaraan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib menawar­kan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin kerana pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh adalah serius.


Peguam Mohd Shahrullah Khan yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana anak tertuduh telah membawa RM30,000 dan akan membayar wang jaminan itu.

Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 10 Jan depan bagi sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori