Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Star Wars Amat Laris,...

LOS ANGELES - Penjualan awal tiket filem siri Star Wars yang baharu, 'Star...

SPRM Agresif Capai Misi...

KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak lebih agresif dari segi...

Media Berkuasa Pengaruhi Pengguna...

KANGAR - Media berkuasa dan mempunyai pengaruh kuat dalam membantu pengguna dan gerakan...

Laungan Takbir Iringi Pengumuman...

KUALA LUMPUR - Suasana di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin bertukar ceria sebaik...

Bapa ‘Nikah’ Anak Sendiri, Tunai Hasrat Kahwin Fantasi

SEORANG lelaki warga China yang juga merupakan seorang bapa sanggup ‘menikahi’ anaknya sendiri demi merealisasikan impian si kecil itu.

Shi Haiqing, enam tahun; menghidap penyakit sindrom Nefrotik iaitu gangguan pada ginjal yang menyebabkan tubuh kehilangan terlalu banyak protein di dalam urine atau air kencing.

Disebabkan penyakit itu, Haiqing terpaksa mengambil hormon sejak tiga bulan lalu dan kesannya dia mengalami pertambahan berat badan secara mendadak sebanyak 13 lbs (6kg).

Pihak Hospital Tai’an, wilayah Shandong telah menghantar dua notis dalam masa 10 hari kepada kedua ibu bapa Haiqing tentang kondisi kanak-kanak itu.

Bapa 'Nikah' Anak Sendiri, Tunai Hasrat Kahwin Ala Fantasi

Bapa 'Nikah' Anak Sendiri, Tunai Hasrat Kahwin Ala Fantasi

Bapa 'Nikah' Anak Sendiri, Tunai Hasrat Kahwin Ala Fantasi

Laman People’s Daily Online melaporkan bahawa bapa Haiqing iaitu Shi Xinzhi tidak pasti sama ada anak perempuannya itu akan membesar dan berjaya merealisasikan impiannya (Haiqing) yang bercita-cita untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan bertemakan fantasi.


Di atas bantuan dan kerjasama pihak hospital terbabit, Xinzhi dapat menunaikan impian si kecil itu untuk berkahwin dengan ‘Putera Idamannya’.

Bilik rawatan Haiqing dihiasi dengan belon berbentuk hati manakala Haiqing pula mengenakan pakaian seperti Snow White untuk majlis istimewa itu.

Haiqing berjalan memasuki ruang bilik rawatannya seolah-olah seorang pengantin yang diarak masuk untuk dikahwinkan dengan Putera Idamannya iaitu bapanya sendiri.

Majlis perkahwinan itu disaksikan oleh anggota kakitangan hospital tersebut dan beberapa pesakit lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori