SEBUAH beg jenama Louis Vuitton yang disenaraikan untuk dijual pada harga $6 telah menyebabkan netizen menjadi histeria, bukan disebabkan jenama itu sebaliknya ia hanya beg kertas dari butik mewah tersebut.
Beg berkenaan dimuatnaik ke media sosial oleh Mark Shwarz di dalam Facebook pada awal minggu lalu.
“Satu beg LV. Hanya digunakan sekali. Dalam keadaan yang baik,’’ demikian tulis Shwarz bersama dengan gambar beg kertas terbabit.
Apabila ditanya ramai mengenai perkara itu, Shwarz berkata: “Ya, hanya enam dolar untuk sedikit kemewahan. Boleh bawa ia ketika menunggu di Messina untuk ais krim.’’
Shwarz turut menawarkan tip untuk menggunakan beg kertas berkenaan iaitu dengan mengisi kentang organik di dalamnya.
Tidak diketahui sama ada ia merupakan satu lawak tetapi ramai yang memberikan maklum balas dan tidak kurang pula yang menawarkan untuk menukar beg terbabit dengan beg plastik. – MYNEWSHUB.CC