KUALA LUMPUR – Masalah gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling dan Shah Alam yang bermula awal minggu ini kini pulih sepenuhnya.
Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata masalah tersebut timbul berikutan terdapat longgokan sampah di loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 dan 3.
Beliau menyarankan supaya pengguna menggunakan air dengan cermat.
Orang ramai boleh mendapatkan status mengenai bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit ‘mySYABAS’, melayari www.syabas.com.my atau di Facebook ‘Air Selangor’. – BERNAMA