Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peguam Jho Low Cuba...

KUALA LUMPUR – Peguam Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low...

Sheikh Mohamed Dilantik Presiden...

ABU DHABI: Putera Mahkota Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, dinamakan sebagai Presiden Emiriah...

Abdul Wahab Sahkan Identiti...

KUALA LUMPUR : Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abdul Kadir...

Remaja Ini Dilabel Sebagai...

Pemilik laman Instagram "@_syzna", gadis remaja berusia 18 tahun menjadi viral menerusi laman...

Bekalan Air Hampir Pulih Sepenuhnya – Syabas

KUALA LUMPUR – Bekalan air di hampir semua kawasan yang terganggu akibat kerja penyelenggaraan pencawang masuk utama Bukit Badong, Hulu Selangor telah pulih kecuali di Kampung Rantau Panjang dan Taman Cempaka Sari, Klang, Selangor setakat 7 pagi tadi.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), semua kawasan di zon 1 dan zon 2 Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Kuala Langat, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat telah mencapai status pemulihan 100 peratus kecuali zon 2 Klang sebanyak 96 peratus.

“Segala usaha sedang ditumpukan untuk memulihkan bekalan air di Kampung Rantau Panjang dan Taman Cempaka Sari di Klang. Bagi dua kawasan ini, pemulihan sepenuhnya dijangkakan menjelang lewat petang ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pemantauan ke atas sistem bekalan air akan diteruskan untuk memastikan kuantiti air mencukupi dan tekanan air yang optimum di paip-paip utama serta paras air di kolam-kolam memuaskan.


Pengguna boleh merujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’, Facebook Air Selangor atau Twitter air_selangor untuk mendapat maklumat terkini mengenai status pemulihan bekalan air. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori