Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hari Keempat, Siti Sambung...

SELAMAT berpantang diucapkan buat penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini...

Kapal TLDM Lengkap ‘Missile’...

JOHOR BAHRU - Buat pertama kali, sebuah kapal perang lengkap dengan peluru berpandu...

ETC Akan Dilaksana Sepenuhnya...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan sistem Kutipan Tol Elektronik (ETC) dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada...

Keperluan Rakyat Fokus Bajet...

KUALA LUMPUR - Keperluan rakyat menjadi fokus utama dalam Bajet 2017 Dewan Bandaraya...

Bekalan Air Pulih Di Kawasan Zon 1 – SYABAS

KUALA LUMPUR – Bekalan air di kawasan Zon 1 kini sudah mendapat bekalan air setakat jam 9 pagi tadi berikutan pengoperasian penuh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), bekalan air di Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor pulih 100%, manakala Petaling 98%.

Menurut kenyataan itu, kawasan di zon terbabit yang belum pulih sepenuhnya ialah di Sungai Penchala, Bukit Lanjan dan Pinggiran TTDI serta SS21 Damansara.

Sementara itu, katanya, kawasan di Zon 2 akan mula mendapat bekalan air selepas 4 petang ini.

Kenyataan itu menyebut, pengguna di zon berkenaan yang tidak mendapat bekalan air selepas 4 petang boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip TANKER nama dan alamat.

“Untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terlibat, pengguna dinasihat menggunakan air secara berhemat,” kata kenyataan itu.


Pengguna boleh merujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’, facebook Air Selangor atau twitter air_selangor untuk mendapat maklumat terkini mengenai status pemulihan bekalan air. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: SYABAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori