Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

10 Aktres Yahudi Tercantik...

WANITA berdarah Yahudi bukan sahaja terkenal berwajah eksotik, malah mempunyai ketrampilan menarik sehingga...

‘Ola Bola’ Kenangan Manis...

KOTA KINABALU - Datuk Hassan Sani dan James Wong, antara wira bola sepak...

Najib Puas Hati Penambahbaikan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berpuas...

2 Termasuk Remaja Terbunuh...

IPOH - Dua lelaki, termasuk seorang remaja terbunuh manakala seorang cedera parah dalam...

Sazali Samad Rayu Ringankan Tempoh Penggantungan

KUALA LUMPUR – “Beri saya peluang kedua…ringankanlah tempoh penggantungan saya,” kata juara Mr Universe 10 kali, Sazali Samad.

Setelah rayuan pertama mengurangkan hukuman gantung empat tahunnya ditolak Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM), Sazali Samad masih tidak berputus asa dengan menghantar rayuan kedua.

Sazali, 49, masih menaruh harapan tinggi supaya diberi peluang kedua oleh PBBM agar tempoh penggantungannya diringankan sekurang-kurangnya dua tahun daripada empat tahun.

Beliau berharap PBBM dapat mengambil contoh Persatuan Angkat Berat Malaysia yang meringankan hukuman ke atas atlet mereka.

“Tujuan saya ke sini (pejabat PBBM) adalah untuk menghantar rayuan kedua supaya hukuman dikurangkan kepada satu setengah tahun ataupun dua tahun. Saya sangat berharap.

“Saya buat rayuan kedua ini kerana saya lihat persatuan sukan lain dapat meringankan hukuman atlet mereka kepada dua tahun walaupun atlet itu didapati positif doping di luar pertandingan.

“Mengapa peluang itu saya tidak boleh dapat?,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan rayuan kedua kepada PBBM di Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi di sini.

Sazali berharap PBBM dapat meneliti setiap hujah bertulisnya dalam rayuan kedua itu dan memberikan keputusan yang lebih baik padanya.


Peguam Sazali, Mohd Norasmawi Norani berkata rayuan kedua itu turut mendapat sokongan penuh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, penaung Akademi Sazali Samad, Tengku Datuk Hishammuddin Zaizi dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

“Bagi rayuan kedua ini, kami membuat perbandingan sukan angkat berat, atlet mereka positif doping di luar pertandingan dijatuhkan hukuman dua tahun tanpa rayuan, manakala empat tahun ketika pertandingan.

“Agensi Anti Doping Dunia (WADA) merangkumi semua sukan, tiada hukuman khusus kepada mana-mana jenis sukan. Persatuan juga berbeza pendekatan mereka, jika PBBM mengemukakan rayuan ini kepada WADA, saya rasa ada peluang untuk mendapat pengurangan hukuman,” kata Mohd Norasmawi.

Sazali digantung empat tahun selepas gagal dalam ujian doping yang dijalankan Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) pada 1 Sept tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori