Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jenayah Terancang: ‘Datuk Seri’...

GEORGE TOWN - Seorang 'Datuk Seri' adalah antara 22 anggota kongsi gelap Geng...

Tengku Amir Kekal Presiden...

KLANG: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal sebagai...

Agong Berduka Kehilangan Dahlan...

KUALA LUMPUR – ‘Kisah Seorang Biduan’ yang pernah didendangkan Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin...

Najib Komen Kompaun RM10,000...

NAJIB KOMEN KOMPOUN RM10K TERHADAP ORANG RAMAI

Berkelakuan Curiga, Atlet Ini Guna Ilmu Hitam?

GARA-gara berkelakuan mencurigakan di gawang gol pasukan lawan, seorang pemain bola sepak di Afrika Selatan dituduh mengamalkan ilmu hitam.

Moussa Camara, penyerang pasukan Rayon Sports dikatakan berkelakuan sedemikian ketika berlawan dengan pasukan Mukura Victory dalam Liga Rwanda, baru-baru ini.

Aksi Camara yang dilihat meletakkan sesuatu di garisan gawang lawan ketika penjaga gol sedang sibuk menangkap bola turut dirakam oleh kamera.

Perbuatan itu lantas menyebabkan pasukan lawan marah dan mengejarnya di padang.

Bagaimanapun, saat permainan diteruskan, apa yang peliknya, sama ada suratan atau kebetulan, Camara berjaya menjaringkan gol beberapa saat selepas dia menjalankan ritual ilmu hitam di gawang gol pihak lawan.

Meskipun begitu, pasukan Mukura berjaya mengimbangi gol 1-1 beberapa minit selepas itu.


Difahamkan, negara Afrika sememangnya cukup popular dengan amalan ilmu hitam dan dukun.

Susulan itu, persatuan Bola Sepak Rwanda (FERWAFA) terpaksa membuat peraturan baharu di mana para pemain dilarang untuk menggunakan sebarang bantuan ilmu hitam dalam mana-mana perlawanan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori