Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan ‘Pintu Belakang’ Tanyalah...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) sepatutnya bertanya kepada Perdana Menteri, Tun...

Sabah Lepasi Sasaran Syarikat...

TAWAU - Sabah melepasi sasaran apabila sebanyak 17,350 syarikat perniagaan dan orang perseorangan...

Trafik Di Lebuh Raya...

Kuala Lumpur : Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan sudah mula sesak...

Kastam Sasar Kutipan GST...

PASIR MAS - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan kutipan Cukai Barang dan...

Berpegang Teguh Pada Nilai Yang Mengikat Erat Kita

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat Malaysia perlu berpegang teguh pada nilai-nilai murni yang mengikat erat mereka selama ini seperti sikap bertoleransi antara satu sama lain dan membantu golongan yang memerlukan.

Dalam perutusan Krismasnya, beliau berkata nilai-nilai itu didukung oleh penganut semua agama.

Dalam kenyataan menjelang sambutan perayaan itu esok, katanya: “Ini merupakan masa untuk menyerlahkan nilai-nilai yang menjadi pegangan penganut Kristian dan agama-agama yang lain – saling menghormati, sikap bertoleransi antara satu sama lain dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Ini merupakan nilai-nilai yang mengikat erat kita semua, untuk meraikan kekayaan dan kepelbagaian yang wujud di negara ini, bersama-sama,” kata Najib.


Perdana menteri turut mengucapkan ‘Selamat Menyambut Krismas’ kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu di tanah air atau di luar negara bersama-sama orang tersayang.

Katanya ia merupakan hari yang mengumpulkan dan menyatukan rakan dan anggota keluarga di seluruh negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori