Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lima Juta Pelancong Dijangka...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan...

Turun Padang Bersedia Hadapi...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengulangi ingatannya kepada...

Penukaran Kad Debit Kepada...

KUALA LUMPUR - Penukaran kad debit kepada kad baharu berasaskan PIN masih perlahan...

Pekerja Tidak Formal Juga...

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa tempatan dan penggubal dasar di setiap negara perlu...

Bertuah… 3 Sahabat Satu-Satunya Penumpang Pesawat

TIGA orang wanita bersahabat baik ini menikmati pengalaman penerbangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila apabila menjadi satu-satunya penumpang dalam pesawat ini.

Pengalaman unik ini dirasai oleh Laura Stevens, 34, dan kawan-kawannya Sarah Hunt, 35, dan Laurie-Lin Waller, 33, ketika dalam perjalanan ke London dari Gibraltar dengan menaiki pesawat British Airways selama dua jam.

Bertuah... 3 Rakan Satu-Satunya Penumpang Pesawat

Bertuah... 3 Rakan Satu-Satunya Penumpang Pesawat

Difahamkan, pesawat ini menjadi kosong gara-gara penerbangan pesawat itu ditangguh selama tiga jam hingga menyebabkan penumpang lain menaiki penerbangan yang lebih awal.

Perubahan masa itu bagaimanapun memberi tuah buat tiga sahabat ini kerana mereka bukan sahaja menikmati ‘tiket jet peribadi’, malah mendapat layanan istimewa apabila dinaikkan ke kelas bisnes.


Menurut Daily Mail, mereka juga tidak putus-putus dihidangkan dengan minuman dan makanan yang enak.

Lebih mengujakan, mereka turut diberi peluang berswafoto di kokpit bersama anak-anak kapal. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori