Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Semua Pihak Perlu Jayakan...

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan sokongan semua pihak tanpa mengambil kira perbezaan pendapat,...

De Paula Buru Kejayaan...

KUALA LUMPUR - Penyerang handalan Kuala Lumpur, Guilherme de Paula berazam mendapatkan lebih...

Suami Sedih Isteri Maut...

TAPAH - "Saya sedih kerana isteri saya baru sahaja bekerja selepas dua hari...

Kecoh MB Johor Selalu...

BELUM pun reda dengan kontroversi mengenai isteri-isteri Datuk Osman Sapian menjadi perasmi program...

Berwaspada Dengan Pembangkang, Ahli Politik

KOTA MARUDU – “Berwaspada dengan pembangkang,” itulah nasihat Timbalan Presiden Eksekutif Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Menggambarkan mereka sebagai ‘bermusim’, Ongkili berkata ahli politik seperti ini lazimnya muncul apabila hampir pilihan raya.

“Tiba-tiba parti baharu ditubuhkan. Mereka datang waktu musim pilihan raya, yang jelas menunjukkan niat mereka.

Kita dalam Barisan Nasional, sentiasa konsisten dengan misi dan perjuangan kita. Kita belajar daripada kesalahan lampau untuk membina esok yang lebih baik buat rakyat, jadi tahun hadapan akan menjadi lebih baik dari tahun ini,” katanya semasa berucap di hadapan penyokong daripada sayap Wanita dan Pemuda PBS di sini hari ini.

Bercakap pada majlis penyampaian peralatan dapur kepada 48 cawangan Wanita dan peralatan sukan kepada 50 cawangan Pemuda, PBS Kota Marudu, Ongkili berkata daripada sibuk berhadapan dengan isu pembangkang, anggota parti sepatutnya menumpukan kepada persiapan mereka menghadapi pilihan raya akan datang.

“Masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan. Kita telah buktikan keikhlasan kita dan membawa pembangunan kepada rakyat. Kita akan terus berjuang untuk Sabah dan rakyat Sabah,” katanya sambil mengalu-alukan sokongan dan kerjasama berterusan daripada semua anggota PBS di semua peringkat.


Terdahulu, Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air juga menyampaikan sumbangan barangan dan derma sempena Krismas kepada 427 gereja di Matunggong dan Tandek.

Beliau berkata menerusi perhimpunan praKrismas seperti ini, bermaksud untuk menggalakkan perpaduan dan keamanan dalam kalangan rakyat yang merupakan asas kepada kemajuan dan pembangunan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori