Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Ahli Kabinet Bantah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu tidak ada seorang pun ahli jemaah...

Perak Wujud Lembaga Khas...

IPOH - Kerajaan negeri akan mewujudkan satu lembaga atau entiti berkepentingan bagi mengawal...

Datuk Seri Alias Ahmad...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk...

Bekas Banduan Ugut Ibu...

MELAKA - Tidak serik bermalam di penjara atas kesalahan kes dadah, seorang bekas...

Bfrenz & Assalamualaikum Diserbu Usahawan MAHA

JENAMA milik usahawan Islam memang dahagakan promosi terutama produk keluaran Bumiputera dari sektor Perusahan Kecil & Sederhana (PKS).

Bfrenz & Assalamualaikum Diserbu Usahawan MAHA

Bfrenz & Assalamualaikum Diserbu Usahawan MAHA

Kekangan bajet untuk segmen publisiti dan promosi serta kos siaran TV yang sangat tinggi membuatkan banyak usahawan Bumiputara Islam beranggapan: Muncul di kaca televisyen hanyalah satu mimpi.

Apa lagi tampil secara live di kaca TV!

Bayangkan kalau caj pengiklanan komersil sekarang harganya sekitar RM30 ribu untuk tujuh minit!

Bfrenz & Assalamualaikum Diserbu Usahawan MAHA

Bfrenz & Assalamualaikum Diserbu Usahawan MAHA

Bfrenz & Assalamualaikum Diserbu Usahawan MAHA

Namun kini TV AlHijrah mengubah segalanya!

TV bukan lagi eksklusif untuk dijadikan pemacu jenama bagi nama-nama produk yang gah yang mampu berbelanja besar dengan bajet ratusan ribu.

TV AlHijrah menjadikan pengiklanan menerusi TV boleh diakses dengan kos serendah RM2,500.

“Kami lebih terarah untuk menjadi platform yang melahirkan 500 jenama Muslim dalam tempoh 3 tahun. Kami mahu TV AlHijrah menjadi platform utama mempromosi produk dan jenama Muslim bagi segmen PKS,” Eksekutif Kanan Jualan Media, Noorfiha Kasa.


Bagi memastikan 500 jenama Muslim terbang tinggi bersama TV AlHijrah, sejak Ogos lalu stesen Islam Nombor Satu itu, melancarkan kempen Sahabat Alhijrah, khusus untuk membantu usahawan Muslim dalam sektor PKS mempelopori pengiklanan TV.

“Kempen kami ialah membina landasan promosi kepada produk yang mahu mengukuhkan jenama mereka di TV. Kami mengenakan caj rendah, malah membantu rekakasa produk untuk memposisikan jenama mereka agar bersuaian dengan komposisi TV,” kata Noorfiha.

Sempene Festival MAHA, TV AlHijrah kini bersiaran langsung empat jam sehari dari Maeps, Serdang, Selangor.

Set program Assalamualaikum dan BFrenz kini berada di MAHA dengan misi membantu 100 jenama Islam bangkit bersama kemasyhuran festival pertanian nasional yang bermula sejak 1923 itu.

Sejak melancarkan kempen merealisasikan impian usahawan Muslim muncul di kaca TV, impak kebangkitan jenama milik umat Islam jelas dapat dilihat.

“Mereka datang pertama kali pada Mei lalu hanya dengan kemampuan RM2,500 sahaja. Kami bantu dengan semangat siratulrahim.

“InsyaAllah, iklan kami membantu mereka mendapat keuntungan berganda. Kini mereka kembali dengan kemampuan RM300 ribu setahun untuk pelan pengiklanan bersama TV AlHijrah,” kata Noorfiha.

Justeru katanya, TV AlHijrah percaya, sektor pengiklanan bagi usahawan dan produk Muslim tidak akan mampu menjadi empayar tanpa konsep persaudaraan dalam pengiklanan.

“Kami memilih konsep ‘Rapatkan Saf’ bersama-sama usahawan Muslim,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori