Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Tinjau Kawasan Kolam...

PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa...

Iktiraf UEC Perlu Pertimbang...

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Beberapa media tempatan hari ini yang memetik laporan...

Palanivel Perlu Terima Nasihat...

SUNGKAI - Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan meminta Presiden Datuk Seri G. Palanivel...

PRK DUN Chempaka: PAS...

KOTA BAHARU - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada...

BN Kedah Tidak Gentar Dengan PPBM – Ahmad Bashah

ALOR SETAR – Barisan Nasional (BN) Kedah tidak gentar dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sedang mencari pengaruh dan menarik sokongan rakyat negeri ini untuk menyertai parti itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata rakyat kini sudah pandai menilai dan boleh melihat sejauh mana kemampuan pihak pembangkang untuk melakukan sesuatu bagi mereka.

“PPBM sendiri tidak boleh menarik PAS atau DAP, jadi mereka akan cuba mencuri ahli UMNO yang kecewa yang sebelum ini pernah kalah sebagai calon sama ada di peringkat cawangan atau negeri,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan kebajikan MBAS di Taman Wira Mergong di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan BN Kedah sudah membuat persiapan awal dengan bertemu rakyat hingga ke peringkat akar umbi termasuk pengundi di kawasan masing-masing.


“Dalam masa yang sama, saya akan pastikan BN negeri terus memperkemaskan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.

Pada majlis yang sama, Ahmad Bashah menerima 20 borang menyertai UMNO daripada anggota PAS Taman Uda di sini.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori