Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

11 Perkara Semua Orang...

Kebanyakkan perokok sanggup membakar wang ringgit mereka demi membeli sekotak rokok yang harganya...

Polis Tahan Wanita Buang...

JAKARTA - Polis Indonesia semalam menahan seorang wanita yang disyaki ibu kepada seorang...

MPS Nasihat Simpan Haiwan...

SIBU - Orang ramai yang tinggal di dalam kawasan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dinasihatkan untuk...

Mak Nyah Maut Dibelasah...

KLANG – Seorang mak nyah yang dibelasah sekumpulan lelaki menggunakan senjata tumpul dalam...

Bola Sepak Malaysia ‘Bersih’ – Bookie

SINGAPURA – “Pada masa ini, saya berpendapat bola sepak Malaysia berada di landasan yang betul dan sangat ‘bersih’,” menurut bookie warga Singapura yang kini dalam tahanan rumah, Wilson Raj Perumal.

Memetik Channel NewsAsia, Perumal menafikan dakwaan Malaysia telah mengambil alih kedudukan Singapura sebagai hab mengatur perlawanan di rantau Asia Tenggara seperti yang didakwa bekas ketua keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Chris Eaton, bulan lepas.

“Kegiatan mengatur perlawanan bukan sahaja berlaku di Asia Tenggara. Ia juga menular di Rusia, Latvia, Lithuania dan Estonia. Persatuan bola sepak negara-negara terbabit sibuk menangani masalah itu.

“Eaton perlu membuktikan dakwaannya terhadap negara-negara berkenaan dan bukan membuat tuduhan tidak berasas,” kata Perumal yang mempunyai buku autobiografi berjudul ‘Kelong Kings: Confessions of the world’s most prolific match-fixer’.

Pada 8 November lepas, Eaton dilaporkan berkata Malaysia kini mengambil alih tempat Singapura sebagai hab mengatur perlawanan di Asia Tenggara selepas pihak berkuasa republik itu serius membendung gejala itu.

Menurut Channel NewsAsia, Perumal akan dibebaskan daripada tahanan rumah di Hungary dan dihantar pulang ke Singapura tahun depan.


Lelaki berusia 51 tahun itu yang dipercayai terbabit mengatur lebih 100 perlawanan di seluruh dunia, kini berpangkalan di Budapest sejak 2012 di bawah program perlindungan saksi, kerana membantu siasatan terhadap penularan rasuah bola sepak di seluruh dunia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sebelum ini dilaporkan, menafikan Malaysia menjadi pusat mengatur perlawanan di Asia Tenggara, sambil menegaskan tiada bukti kukuh yang diterima berhubung dakwaan tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori