LA PAZ – Bolivia menggantung permit operasi syarikat penerbangan yang pesawatnya terhempas di Colombia yang mengorbankan 71 orang serta memecat pegawai tertinggi penerbangan awam.
Menteri Pengangkutan Awam, Milton Claros, berkata kerajaan juga mengarahkan siasatan dilakukan terhadap syarikat penerbangan LAMIA Airlines, syarikat Bolovia yang didaftarkan khusus untuk membawa pemain kelab bola sepak di Amerika Latin. – AFP/BH ONLINE