Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Selepas MMMSL, Prasarana Intai...

MAKKAH - Selepas mempamerkan keupayaannya mengendalikan tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro...

Suspek Keempat Ditahan Kerana...

KUCHING - Polis Sarawak menahan suspek keempat yang disyaki membuat catatan fitnah terhadap...

Wilson Hasrat Kumpul Pingat...

MELAKA - Perenang negara, Wilson Sim berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin pingat pada...

Remaja 17 Tahun Bunuh...

BOGOTA - Umurnya baharu belasan tahun namun agak mengejutkan apabila polis Colombia akhirnya...

Bot Nelayan Vietnam Ditahan Di Zon Ekonomi Eksklusif

KUANTAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) menahan sebuah bot nelayan Vietnam kerana menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia, Khamis lalu.

Mawilla 1 dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, bot nelayan itu bersama 12 awak-awak ditahan pada 9 pagi di perairan Terengganu, kira-kira 120 batu nautika dari Pulau Perhentian.

“Pusat operasi Malwilla 1 menerima laporan aktiviti pencerobohan perairan ZEE Malaysia daripada pesawat pemantauan maritim Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum menggerakkan KD Terengganu.

“Pemeriksaan mendapati semua awak-awak itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dokumen kebenaran menangkap ikan di ZEE Malaysia. Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985,” kata kenyataan itu.


KD Terengganu menunda bot nelayan tersebut ke perairan Pulau Perhentian untuk diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), daerah Maritim 10 untuk tindakan lanjut.

“Penahanan bot nelayan Vietnam ini merupakan tindakan pencegahan atau cegah rintang bagi menyampaikan mesej tentang keseriusan agensi kerajaan dalam mengambil tindakan tegas terhadap pencerobohan atau aktiviti haram pihak asing,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori