Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Remaja Maut, Rakan Parah...

SEREMBAN - Seorang penunggang maut manakala rakannya parah apabila motosikal mereka melanggar belakang...

Terbongkar… Adik Dedah Jantina...

PERSOALAN mengenai jantina sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat rupa-rupanya pernah dibongkarkan oleh ahli...

Pemandu Lori Ditahan, Jengkaut...

SHAH ALAM - Polis menahan seorang pemandu lori dan menemui semula sebuah jengkaut...

Dipeluk Artis K-Pop: Peminat...

GADIS bertudung peminat K-Pop yang beraksi mesra bersama idola mereka, kumpulan B1A4 digesa oleh Pengerusi...

BR1M Bukti Kerajaan Bertanggungjawab Bantu Rakyat

KUALA LUMPUR – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan kerajaan berpegang kepada prinsip bertanggungjawab membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata bantuan itu diberikan secara adil kepada yang layak, termasuk mereka yang tidak menyokong kerajaan.

“Jika BR1M dikatakan satu bentuk rasuah, ia akan diberi hanya kepada mereka yang menyokong kerajaan.

“Namun, kerajaan tidak pilih kasih apabila memberikan BR1M kepada golongan sasar tanpa mengira agama, keturunan dan fahaman politik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah, dan dengan itu pemberiannya adalah salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.

Abu Zahar berkata Dr Mahathir perlu jelas dengan definisi rasuah, iaitu perbuatan yang merosakkan moral dan diberikan untuk memperoleh sesuatu kepentingan.


“Ini berbeza dengan BR1M. Walaupun jumlah yang diberikan terhad dan tidak menyelesaikan keseluruhan perbelanjaan isi rumah, namun ia dapat mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat.

“Kita hormati beliau (Dr Mahathir) tetapi pandangannya perlulah bersesuaian, jangan mengeluarkan kenyataan yang akhirnya menyusahkan rakyat.

“Semestinya rakyat sedar bahawa kerajaan hari ini dapat memberikan yang terbaik kepada mereka, sebab itulah kerajaan ini dipilih,” katanya sambil memberitahu bahawa soal kesejahteraan rakyat tidak sepatutnya dipolitikkan.

Abu Zahar berkata BR1M bukannya ‘alat’ untuk meraih undi kerana ia diberikan setiap tahun dan bukan hanya menjelang pilihan raya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori