Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Islam Saman Polis...

LOS ANGELES - Seorang wanita Islam memfailkan saman terhadap polis di California kerana...

Ali Tinju Akan Dipecat...

IPOH - Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju akan dipecat keanggotaannya...

SPRM Sahkan Seorang Pegawainya...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa seorang pegawai suruhanjaya ini...

Malaysia Belasah Lagi Timor...

KUALA LUMPUR – Malaysia mudah melepasi aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022-Piala...

Buat Laporan Palsu, Sembunyi Gugurkan Janin

KUANTAN – Seorang pemuda berusia 20 tahun membuat laporan polis palsu bahawa dia menjumpai mayat seorang bayi di kawasan memancing di Empangan Sepayang, Rompin dekat sini, bagi menyembunyikan kematian bayi yang digugurkan teman wanitanya.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit sebelum itu turut membawa mayat bayi itu ke tempat kerja kira-kira 14 jam sebelum membuat laporan polis.

“Suspek mendakwa menjumpai mayat bayi itu selepas membuka balutan kain putih yang ditemui di empangan itu semasa sedang mencari kawasan untuk memancing seorang diri pada pukul 8 pagi semalam.

“Suspek mendakwa dirinya panik lalu membawa mayat bayi itu ke tempat kerja sebelum membuat laporan pada pukul 9.45 malam di Balai Polis Kuala Rompin, selepas menghubungi seorang ustaz di Kuantan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Muhammad Aidil berkata siasatan lanjut bagaimanapun mendapati suspek mengambil mayat bayi itu dari rumah teman wanitanya yang berusia 18 tahun di Pontian Jaya, Rompin.

Remaja wanita itu ditangkap pada pukul 11.10 malam tadi, di hadapan sebuah restoran makanan segera yang merupakan tempat kerjanya, tambahnya.


“Siasatan awal mendapati suspek mengaku menggugurkan bayi itu pada Selasa lalu selepas memakan ubat gugur yang dibeli atas talian dengan harga RM500,” katanya.

Muhammad Aidil menambah pada pukul 2 pagi hari ini, polis turut merampas sehelai kain batik di dalam karung plastik dari tong sampah sebuah rumah di Jalan Seri Sepakat 1, Kuala Rompin berkaitan dengan penemuan mayat bayi itu.

Beliau menambah mayat bayi dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang membawa hukuman penjara makimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • janin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori