Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Dikecam, Ancam Bunuh Selepas...

STOCKHOLM - Pemain Sweden, Jimmy Durmaz berdepan cacian berbaur perkauman dan ancaman bunuh...

Penjawat Awam Boleh Pakai...

PUTRAJAYA: Penjawat awam kini dibenarkan memakai pakaian batik pada setiap hari waktu bekerja...

Agong, Raja Permaisuri Ucap...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and...

Jerebu P.Pinang: 2 Penerbangan...

GEORGE TOWN - Dua penerbangan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP)...

Budak Autistik Selamat Pulang Selepas ‘Kembara’ Naik MRT

IA mungkin umpama mimpi ngeri paling buruk bagi Datin Hasnah Abdul Rahman apabila anak autistiknya, Ahmad Ziqri Morshidi didapati hilang.

Pengalaman pahit itu bermula kira-kira pukul 11 pagi Isnin apabila Ahmad Ziqri mengajak ibunya untuk menaiki MRT selepas menonton video Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menaiki sistem pengangkutan awam baharu itu.

“Anda lihat, dalam fikirannya dia berpendapat bahawa jika menaiki MRT, dia mungkin berjumpa dengan Perdana Menteri,” kata Hasnah menerusi posting di Facebook.

Bagaimanapun apabila mereka tiba di stesen MRT, Ahmad Ziqri menaiki salah satu daripada gerabak dengan sendiri dan dia telah terpisah dengan keluarganya.

Hasnah segera memaklumkan mengenai situasi berkenaan menerusi media sosial untuk makluman keluarga dan rakan-rakan.

Dia juga menghampiri Pusat Operasi MRT di mana pegawai di sana segera mengimbas rakaman CCTV bagi mengenal pasti lokasi anaknya.


Terima kasih di atas tindakan pantas oleh kakitangan MRT, unit keselamatan dan polis bantuan kerana Ahmad Ziqri ditemui selamat kira-kira sejam kemudian di stesen TTDI.

Menurut Hasnah, Ahmad Ziqri mempunyai autisme klasik iaitu dia akan bertindak hiper serta kurang menumpukan perhatian.

Wanita berusia 57 tahun itu berkata walaupun secara fizikalnya Ahmad Ziqri berusia 20 tahun namun secara emosinya dia baru berada dalam lingkungan umur 11 atau 12 tahun. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori