Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

8 Pelombong Maut Ditimbus...

JAKARTA - Sekurang-kurangnya lapan maut, manakala lapan lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh...

Amal Pendekatan Berhikmah Dalam...

TOKYO - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar pendakwah...

Ratusan Pegawai Kastam Mendakwa...

Kuala Lumpur: Ratusan pegawai rendah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendakwa menjadi mangsa...

Polis Tahan 6 Anggota...

KUANTAN - Polis Pahang menahan enam warga tempatan termasuk dua wanita yang dipercayai...

Budak 11 Tahun Pandu Kereta Sebabkan Seorang Maut

GARA-gara terlalu obses dengan kereta, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menjadikan Internet sebagai ‘guru’ untuk belajar memandu.

People’s Daily Online melaporkan, disebabkan ingin mempraktikkan perkara yang dipelajarinya, kanak-kanak lelaki tersebut telah pergi ke sebuah pusat kereta sewa di China.

Budak 'Belajar' Memandu Di Internet Bawa Padah

Kanak-kanak itu melarikan satu kenderaan selepas berjaya menghidupkan enjinnya tanpa membuat bayaran.

Ketika cuba memotong sebuah kereta di simpang empat di bandar Taicang, timur China, kanak-kanak itu dipercayai mahu memotong kenderaan lain dengan memandu masuk ke laluan basikal sebelum merempuh seorang lelaki sedang melintas.

Kanak-kanak itu bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaannya dan terus melarikan diri dari tempat kejadian.


Mangsa yang berusia 30 tahun itu maut ditempat kejadian dan dikatakan sedang menanti kelahiran anak pertamanya yang bakal dilahirkan dalam tempoh sebulan lagi.

Kini, kanak-kanak itu berada dalam tahanan polis.

Had umur untuk memiliki lesen di China adalah berusia 18 tahun ke atas. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori