Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemungut Barangan Lusuh Didakwa...

IPOH - Seorang pemungut barangan lusuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

VIDEO: iPhone 6 Milik...

BAYANGKAN betapa bangganya menjadi orang pertama dalam negara anda yang membeli telefon pintar...

Keputusan Akhir Pendakwaan Kes...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak akan dipanggil...

Malaysia Harap Terima Laporan...

PUTRAJAYA - Malaysia berharap akan menerima laporan muktamad mengenai penyelidikan forensik berkaitan pesawat...

Bukan Mudah Ajak Haliza Misbun Berlakon

HALIZA Misbun tidak pernah meninggalkan dunia lakonan, cuma dia tidak mendapat jalan cerita yang menarik dan kecewa dengan perkembangan industri filem serta drama.

Pelakon berusia 43 tahun ini berkata, apabila seseorang pelakon wanita sudah berusia 40 tahun ke atas pasti dia akan diberikan watak sebagai kakak atau ibu. Tawaran berlakon ada tetapi disebabkan perkara itu dia tidak terasa untuk menerimanya.

ā€œSaya mahu mereka keluar dari kepompong itu dan ini yang saya perjuangkan sekarang. Lagipun, syarikat produksi sekarang juga banyak ragam.

ā€œJadi, saya hanya akan terima tawaran daripada rakan yang saya kenal, tahu kerja mereka dan mereka juga tahu kerja saya macam mana,ā€ katanya.

Terbaru, Haliza yang mencipta populariti menerusi drama bersiri Cinderella yang ā€˜meledakā€™ pada lewat 1990-an muncul dalam drama Selamat Malam Tan Sri arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.

ā€œIa bukanlah ā€˜comebackā€™ saya dalam bidang lakonan, tetapi saya akan berlakon apabila terasa untuk melakukannya. Minat itu didorong pelbagai faktor termasuk jalan cerita yang baik selain saya kenal penerbit atau pengarahnya, maka dapatlah sesekali melepaskan rindu berlakon.

ā€œJika tidak berlakon saya akan sibuk dalam bidang perniagaan hartanah. Saya tak boleh duduk goyang kaki kerana ada keluarga yang perlu dijaga,ā€ katanya.

Dalam drama Selamat Malam Tan Sri yang antara lain menemukan dirinya kembali dengan teman seperjuangan, Datuk Eizlan Yusof.

Dia membawa watak Datin Suhaila manakala Eizlan sebagai Tan Sri .

ā€œDatin Suhaila adalah watak antagonis yang tidak membosankan. Pengurus eksekutif drama ini pula Akhbar Hashim yang saya sifatkan bakat jarang ditemui, manakala Raja Mukhriz adalah antara pengarah terbaik,ā€ katanya.

Bercerita mengenai pengalaman berlakon dengan Eizlan selepas kali terakhir dipertemukan dalam sebuah drama kira-kira dua dekad lalu, Haliza berkata, Eizlan pelakon hebat dan amat bersemangat.

ā€œSaya tertanya-tanya juga kenapa bakatnya belum dipandang dan diberikan pengiktirafan,ā€ katanya.

Kali terakhir Haliza berlakon dalam telefilem Kembali Kepada Fitrah, arahan Ismail Yaacob pada 2014 dan Mengintai Syurga Mama terbitan Zeel Production.


Dalam pada itu, ramai yang agak kurang senang dengan sikap Haliza yang dikatakan suka mengikut kata hatinya saja dan baran, namun dia menafikannya.

ā€œSaya bukanlah orang macam itu. Jika tiada yang sengaja cuba mencuit naluri saya, takkan saya sesuka nak naik angin,ā€ katanya.

TIDAK MAHU KAHWIN KERANA TERPAKSA

Haliza yang masih bersendirian hingga ke hari ini enggan berkahwin kerana terpaksa semata-mata untuk kelihatan lengkap dan sempurna pada mata masyarakat.

Katanya, dia hanya akan mendirikan rumah tangga jika mempunyai sebab yang kukuh dan bukan kerana desakan mana-mana pihak.

ā€œIbu saya pun sudah malas nak bertanya mengenai kahwin kerana dia sudah tahu jawapannya. Saya rasa diri saya sudah sempurna dan jika ingin berkahwin pun perlu ada sebab yang betul-betul kuat.

ā€œSaya tidak perlu ada pasangan untuk rasa sempurna dan bergantung harap, tetapi itu tidak bermakna saya menentang ikatan perkahwinan. Ia hanyalah pendapat peribadi saya saja.ā€ katanya.

Haliza juga mengamalkan ā€˜awet mudaā€™ dengan meminta anak saudara panggilnya Liz saja dan bukan ā€˜auntieā€™ Liz.

ā€œIa benar-benar memberi aura positif kepada saya untuk tampak muda dan bertenaga,ā€ katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori