Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Raja Farah Mudah Terasa...

TERDAHULU Raja Farah pernah dicela orang ramai kerana konon dikatakan tidak boleh mengandung...

Ribut Petir Dijangka Berterusan...

KUALA LUMPUR - Ribut petir dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini di perairan...

KPDNKK Pertimbang Beri Insentif...

BAGAN DATOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedia mempertimbangkan...

RM1.271 Juta Dicuri Daripada...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam Mesin Teler Automatik (ATM)...

Cincin Besi Tersekat, Kemaluan Bengkak Kebiruan

TINDAKAN suka-suka seorang lelaki berusia 50 tahun dari bandar Suqian, timur China memakai cincin besi pada kemaluannya bertukar tragedi apabila ia gagal ditanggalkan.

Menurut laman JSTV iaitu sebuah stesen televisyen tempatan di wilayah Jiangsu, mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan memakai cincin besi tersebut pada kemaluannya sekadar suka-suka sebelum masuk tidur.

Namun apabila dia bangun keesokan paginya, objek itu telah menjadi ketat dan sukar untuk ditanggalkan.

Cincin Besi Tersekat, Kemaluan Bengkak Kebiruan

Mangsa segera mendapatkan rawatan di Hospital Dong Feng dan doktor memaklumkan kejadian itu kepada pasukan bomba dari bandar Suqian.

Insiden dipercayai berlaku pada 20 Disember lalu.

Di dalam video yang dikongsi oleh laman tersebut, anggota bomba memberitahu berkata kepada mangsa, “Jika ia menyakitkan, beritahu kami. Bertenang sahaja.”


Sebaik sahaja anggota bomba itu memulakan operasinya, salah seorang daripada kakitangan perubatan hospital itu mengeluarkan telefon dan merakamnya.

Pasukan bomba itu berusaha menanggalkan cincin besi tersebut menggunakan pliers namun tidak berjaya lalu mencuba kaedah lain dengan menggunakan disc-cutter memandangkan kemaluan mangsa telah membengkak dan bertukar kebiruan.

Jelas kelihatan percikan api terhasil daipada geseran pemotong itu dengan cincin besi tersebut semasa proses pemotongan. Air sentiasa dicurahkan kepada alat kelamin mangsa untuk mengelakkan cincin besi itu menjadi panas.

Selepas kira-kira 20 minit, cincin besi itu berjaya ditanggalkan dan mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa proses itu dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori