Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rasuah: Pegawai Jabatan Veterinar...

KANGAR - Seorang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perlis direman empat hari bermula...

19 Lelaki Ditahan Ops...

KUALA BESUT - Sembilan belas lelaki termasuk dua warga Thailand ditahan dalam 'Ops...

Jerebu: Tiga Lapangan Terbang...

KUALA LUMPUR - Operasi di tiga lapangan terbang yang sebelum ini ditutup ekoran...

Baitulmaqdis: Malaysia Sokong Resolusi...

KUALA LUMPUR - Malaysia menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak keputusan...

Coklat Daim Dan Toblerone Tiada Sijil Halal JAKIM

PUTRAJAYA – Pengemar coklat tentunya bersedih apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan dua coklat import luar negara iaitu Daim dan Toblerone bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Perkara berkenaan dimaklumkan Bahagian Hab Halal, JAKIM menerusi kenyataannya yang dimuat naik pada Facebook hari ini.

Dua coklat berkenaan turut tidak mendapat pengiktirafan halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

“Oleh yang demikian, jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yg diiktiraf oleh JAKIM.

“Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan/logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari www.halal.gov.my,” tulis kenyataan tersebut.


Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM di facebook.com/HabHalalJakim. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori