Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Galaxy Note 7...

KEADAAN di sebuah cawangan Burger King di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini menjadi...

Sultan Johor Beli Pesawat...

SEJAK semalam, viral menerusiƃā€šĆ‚Ā laman sosial berita mengenai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah...

Kerajaan Bina Denai 10,000...

KOTA BHARU : Kerajaan menyasarkan pembinaan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) sepanjang 10,000 kilometer...

Anwar Kekal Calon PM...

DAP menyatakan sehingga kini tiada perubahan terhadap keputusan Pengerusi PH Anwar Ibrahim merupakan...

Curi Coklat, Jaga Dipenjara Sehari & Didenda RM1,000

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan dipenjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri 26 keping coklat, dua hari lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som memerintahkan Mohd Firdaus Abdul Munap, 22, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 26 Dis lepas dan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh didakwa mencuri coklat yang kesemuanya bernilai RM313.69 milik Pasaraya Giant di Sungei Wang, Jalan Bukit Bintang, di sini, pada 11.30 pagi, 26 Disember lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.


Mohd Firdaus juga didenda RM300 bagi kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan atau sebarang dokumen sementara di tempat, masa dan tarikh sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia baru bekerja. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori