Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dua Beradik Ditahan Curi,...

JASIN - Dua adik-beradik ditahan kerana mencuri barang kemas milik ibu mereka dianggarkan...

Gaji Teong Kim RM175,000...

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkan gaji...

Kemudahan Infrastruktur Jalan Petaling...

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaik taraf kemudahan infrastruktur...

Nicol Layak Ke Separuh...

KUALA LUMPUR - Seperti diramal, Datuk Nicol Ann David layak ke separuh akhir...

Curi Wang Majikan, Pengurus Hotel Dipenjara 6 Bulan

KUALA LUMPUR – Akibat mencuri wang majikan dan mengemukakan laporan palsu, seorang pengurus hotel dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret Umzarul An-nur Umar menjatuhkan hukuman enam bulan terhadap Muhammad Rafi Mansor, 38, yang mengaku bersalah mencuri wang tunai berjumlah RM3,006 milik Hotel Kita di Lot 1659 dan 1660, Jalan Raja Laut, di sini, pada 10 pagi, 13 Dis lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman enam bulan terhadap tertuduh kerana memberi maklumat secara lisan atau bertulis yang palsu kepada seorang penjawat awam, di Balai Polis Chow Kit, Jalan Haji Taib 1, di sini, pada 11 pagi, 19 Dis lepas.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.


Kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak bermula dari tarikh dia tangkap, pada 20 Dis lepas.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon hukuman setimpal bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia penanggung utama keluarganya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori