Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kekurangan Bekalan Minyak Masak...

LARUT - Bekalan minyak masak di pasaran dijamin stabil sepenuhnya Isnin depan, kata...

Kes Baharu COVID-19 Turun...

KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51/2022) atau 18...

Wanita Beri Susu Badan...

SEORANG wanita di Rajasthan, India yang bersimpati dengan nasib seekor anak rusa terbiar bertindak...

Najis Tikus, Sisa Minyak...

GEORGETOWN: Najis tikus di atas plastik bungkusan roti dan sisa minyak tepu yang...

Demi Cinta, Wanita Ini Setia Jaga Tunang Lumpuh

PENGORBANAN seorang wanita dari Guangxi, China menjaga tunangnya yang lumpuh menjadi sensasi di laman sosial negara itu.

Menurut portal Shanghaiist, Liao Mingpei; 27, mula berkenalan dan bercinta dengan tunangnya, Jiang Pengfei sejak 2009 ketika dia bekerja di bandar Baise, Guangxi.

Walau bagaimanapun, hidup pasangan itu mula dirundung malang apabila perancangan untuk berkahwin terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab berkaitan dokumentasi Pengfei. Disebabkan hal itu, anak perempuan mereka dilahirkan sebelum Mingpei dan Pengfei sempat melangsungkan perkahwinan.

Demi Cinta, Wanita Ini Setia Jaga Tunang Lumpuh

Demi Cinta, Wanita Ini Setia Jaga Tunang Lumpuh

Malang terus menimpa mereka apabila Pengfei mengalami kecelakaan di tempat kerja hingga menyebabkan dia lumpuh akibat ditimpa besi yang jatuh mengenai kepalanya.

Pun begitu, cinta Mingpei terhadap tunangnya itu tidak pernah pudar walau dalam serba kekurangan malah dia juga rela melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri, menjaga dan merawat Pengfei walaupun statusnya hanyalah sebagai tunang.


Selain menjaga keperluan tunangnya, Mingpei bersama ibu Pengfei akan mendaki bukit setiap hari mencari herba untuk dijadikan ubat bagi merawat Pingfei.

Ketika ditemubual portal tempatan, Mingpei memberitahu bahawa dia percaya suatu hari nanti tunangnya akan sembuh dari penyakit yang dialami dan merakam foto perkahwinan mereka bersama.

“Sehari bersama ibarat kesetiaan seumur hidup,” kata Mingpei. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori