Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Keputusan Tawaran Tingkatan Enam...

PUTRAJAYA- Keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 akan diumumkan pada...

Sekolah Akan Dijadikan PPV...

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia...

Pekerja Subkontraktor DBKL Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang petugas subkontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang...

Tak Tambah Virus Dalam...

Semua sedia maklum, penyanyi dangdut, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin kini...

Denda Kesalahan Buang Sampah Dalam Sungai Dinaikkan

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang bercadang untuk mengenakan denda lebih berat terhadap sebarang aktiviti membuang sampah ke dalam sungai sehingga menyebabkan pencemaran dan banjir kilat.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan mencadangkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) supaya denda kompaun itu dinaikkan ke RM5,000 kepada sesiapa yang didapati bersalah membuang sampah ke dalam sungai.

“Kini MBPP hanya mengenakan denda sebanyak RM500 kepada kesalahan membuang sampah ke dalam sungai, namun jumlah itu terlalu kecil. Kerajaan negeri bercadang untuk menggandakan jumlah denda itu ke RM5,000 bagi penduduk yang melakukan kesalahan berkenaan,” katanya dalam ucapan perasmian projek kerja-kerja tebatan banjir dan menaik taraf sistem saliran di sini hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, cadangan berkenaan masih dalam peringkat awal dan MBPP memerlukan masa untuk membuat kajian mengenai cadangan itu sebelum ia dikuat kuasakan.


Katanya, projek tebatan banjir dan menaik taraf sistem saliran di negeri ini menelan belanja yang besar dan penduduk Pulau Pinang perlu sedar akan kepentingan menjaga kebersihan sungai agar masalah banjir di negeri ini dapat diatasi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori