Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perdana Menteri Prayut Nafi...

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha menafikan ada akaun Twitter atas...

GAMBAR: Helikopter TUDM Terhempas...

TAWAU - Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, pagi tadi digemparkan apabila sebuah...

Hudud: DAP Gagal Bawa...

GEORGE TOWN - Parti Gerakan Pulau Pinang menyifatkan DAP sebagai gagal membawa keyakinan...

Model Lelong Dara RM10.6...

SEORANG model dilaporkan menjual keperawanannya lebih 2 juta pound sterling (RM10.6 juta) dan...

Curi Barang, Gadis Didenda RM1,000 & Penjara Sehari

BATU PAHAT – Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 kepada seorang wanita atas pertuduhan mencuri produk kecantikan dan menyembunyikannya di dalam baju dalamnya, 30 November lalu.

Tertuduh, Normala Rahman, 24, yang juga merupakan pekerja salun kecantikan mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut sebaik pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

Kaitan: 4 Wanita Muda Ligat Curi Barangan Kosmetik

Curi Barang, Gadis Didenda RM1,000 & Penjara Sehari

Dua lagi tertuduh juvana turut mengaku bersalah, namun Majistret menetapkan 4 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak mereka dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi juvana didakwa mencuri bersama-sama di Butik Blackcube Rich, Parit Raja, jam 7-8 malam.


Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, bagi kesalahan kali kedua atau kemudiannya hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Terdahulu, rakaman video litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan empat wanita berusia 20-an berkomplot untuk mencuri di sebuah butik pakaian menjadi viral di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori