Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Anggota Polis Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas anggota polis dijumpai mati dipercayai terjatuh dari tingkat...

Pesara Kerajaan Johor Diminta...

BATU PAHAT : Pesara kerajaan di Johor diminta bergiat aktif menghasilkan penulisan sejarah...

Rita Rudaini Dakwa Gaji...

Konflik di antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan semakin berlarutan gara-gara Rita Rudaini...

Selebriti Korea Ini Pernah...

GRACE Lee, yang pernah menjadi kekasih kepada bekas presiden Filipina, Benigno “Noynoy” Aquino...

Diet Tinggi Protein Membazir, Tiada Manfaat: Pakar UK

KEGILAAN terbaru terhadap snek kesihatan berprotein tinggi mungkin tidak akan memberi konsumer kesan yang mereka harapkan, menurut pakar pemakanan UK.

Weetabix, Shreddies, Mars, Snickers dan Batchelors Cup-a-Soup merupakan antara produk yang telah melancarkan versi terbaru dengan tambahan protein bagi menarik perhatian pembeli.

Trend pemakanan tinggi protein ini begitu popular ketika ini dengan keuntungan yang dijangkakan menceccah £413j (RM2.227 bilion) tahun ini dan hampir £750j (RM4.112 bilion) dalam jangka masa lima tahun lagi.

Menurut Anna Daniels, pakar pemakanan dan jurucakap Persatuan Diabetik Britain: “Masyarakat sering tersilap anggap bahawa mereka memerlukan lebih banyak protein apabila sebenarnya majoriti daripada kita telah mendapatkan amaun protein yang cukup, kerana keperluan terhadap khasiat itu sangat rendah.

“Anda mungkin memerlukan protein yang lebih banyak jika anda seorang atlet, namun anda masih boleh dapatkannya daripada telur, dadih dan daging. Kebanyakan daripada kita yang bersenam selama satu jam setengah dua kali seminggu, jadi memadai jika protein tambahan itu didapati daripada pemakanan yang seimbang.”

Garis panduan pengambilan protein yang disyorkan jabatan kesihatan awam Public Health England (PHE) untuk orang dewasa berusia 19 hingga 64 tahun adalah 55.5g untuk lelaki dan 45g untuk wanita, namun pakar mengatakan kuantiti ini mungkin berbeza mengikut berat badan seseorang.

Diet Tinggi Protein Membazir, Tiada Manfaat: Pakar UK
Protein daripada sumber semulajadi dan tidak diproses seperti daging, telur dan ikan lebih baik untuk kesihatan.

Selain itu, PHE juga menetapkan 11% daripada jumlah kalori yang diambil sebaiknya datang daripada sumber protein, manakala menurut bancian National Diet and Nutrition, Jumlah sebenar untuk orang dewasa adalah 17% to 18%.

Menurut ketua pakar pemakanan PHE Dr Alison Tedstone: “Kebanyakan orang mengambil protein lebih daripada keperluan harian mereka, mereka hanya membazirkan wang membeli makanan tambahan berprotein tinggi kerana tubuh mereka tidak menggunakan lebihan gizi tersebut.”


 

Danny Commane, pensyarah sains pemakanan di Universiti Reading pula berkata, pengguna tetap membeli produk-produk tinggi protein ini kerana terpengaruh dengan pengiklanan.

Diet Tinggi Protein Membazir, Tiada Manfaat: Pakar UK
Kebanyakan produk tinggi protein ini tidak mempunyai kandungan nutrisi penting, mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi serta rendah serat.

“Mereka mungkin tertarik dengan ‘janji’ yang diberikan produk tersebut, yang kononnya mampu membantu mereka mendapat kebaikan daripada makanan tambahan yang diambil. Namun, mereka tidak tahu bahawa pengambilan protein berlebihan tidak mempengaruhi perubahan fizikal.”

“Melainkan anda melakukan senaman ekstrim atau ingin mencapai gaya hidup ekstrim, protein lebihan adalah tidak diperlukan.”

Seterusnya, oleh kerana protein lebihan dibuang melalui air kencing, maka memang betul lah apabila para pakar menyifatkan diet tinggi protein ini bagai membuang wang di dalam jamban.

Di samping itu, kebanyakan produk tinggi protein ini tidak mempunyai kandungan nutrisi penting daripada buah, sayur-sayuran dan bijirin penuh, di samping mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi serta rendah serat, sekaligus menjadikannya kurang baik untuk kesihatan.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori