KALAU dah gila talak….ini yang berlaku kepada Stephani Renae Lawson yang sanggup membuka akaun Facebook palsu semata-mata untuk menyamar sebagai bekas teman lelakinya, Tyler Parkervest, dengan menghantar ugutan bunuh.
Disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu juga, Tyler telah ditangkap oleh polis dan dilayan umpama penjenayah.
Bagaimanapun penipuan itu berjaya dikesan apabila polis mendapati alamat IP untuk menghantar mesej-mesej berkenaan datangnya daripada telefon bimbit Stephani sendiri.
Akhirnya, Tyler yang didakwa dengan empat tuduhan iaitu mengintip, mengugut, menculik dan memukul Stephani, telah dibebaskan.
Sementara wanita itu, yang turut mencederakan dirinya sendiri, telah ditangkap dan dihukum penjara selama setahun selepas didapati bersalah menipu dan melakukan sumpah bohong.
Pada mulanya Stephanie tidak mengaku salah namun menukar pengakuan pada saat akhir. – MYNEWSHUB.CC