Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pencerobohan Menara Merdeka 118:...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan...

Pasti Kagum!! Lihatlah Wajah...

Melihat wajah jelitawan ini selepas 50 tahun pasti membuatkan anda tergamam dan terkesima.Ini...

Che Ta & Zain...

Baru sehari tiba di kota Madinah bagi menunaikan ibadah Umrah, pelakon cantik Rozita...

WSJ Bertujuan Rosakkan Nama...

PUTRAJAYA - Tuduhan yang berulang, tidak berasas dan tidak terbukti oleh Wall Street...

Diseksa ‘Kaw Kaw’ Bekas Kekasih Dari ‘Neraka’

KISAH cinta selama 10 tahun tidak menjamin kebahagiaan apabila seorang pelajar perempuan dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mendakwa diseksa dan dikurung teman lelakinya di sebuah rumah di Ampang, Selangor.

Sinar Harian melaporkan, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sara, 27 tahun; terpaksa berdepan dengan pengalaman ngeri apabila bukan sahaja dikurung selama tiga hari tanpa diberikan makanan tetapi juga ditikam dengan pisau.

Lebih teruk lagi apabila pelajar perempuan dari Pendang, Kedah ini turut dibelasah, disembur dengan penyembur serangga dan dipaksa minum cecair pelembut selepas dikurung dalam bilik yang berkunci.

Menceritakan kembali detik kejadian itu, Sara menjelaskan bekas teman lelaki yang didakwanya anggota polis telah ke rumah sewanya di Ampang pada 25 November lalu kira-kira jam 5 pagi kerana mengesyaki ada lelaki lain di rumah tersebut.

Menurutnya, berlaku pertengkaran di antara mereka sebelum teman lelakinya itu memaksa dan mengheretnya masuk ke dalam kereta.

“Saya cuba untuk meronta tetapi dia acukan pisau ke perut dan saya terpaksa diam,” katanya.

Jelasnya, dia dibawa ke rumah sewa bekas teman lelakinya di Klang dan dipukul serta ditinggalkan di dalam bilik berkunci seorang diri semalaman.

Seksaan terhadap Sara berterusan apabila teman lelakinya berang selepas mengetahui dia cuba menghubungi rakan bagi meminta bantuan.

Sara berkata, dia juga ditikam lima kali iaitu di bahu kiri dan kanan, di paha kiri dan kanan serta di lutut kiri, sehingga tidak mampu untuk bergerak.

Jelasnya, dia turut terdengar perbualan telefon bekas teman lelakinya itu bersama rakannya yang merancang untuk membunuh dan membuang mayatnya di Sungai Klang.

Ketika dalam ‘tahanan’, kecederaan yang dialami Sara tidak tertanggung dan dia meminta dibawa ke hospital kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialami.


“Pada mulanya saya dibawa ke hospital swasta dan dipindahkan ke Hospital Klang kerana dia tak mampu membayar kos rawatan,” katanya.

Tindakan bijak Sara itu memberi ruang kepadanya untuk menghubungi rakan bagi memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarganya di Kedah.

Kini, Sara berada bersama keluarganya di Kampung Banggol Kambing, Pendang, Kedah selepas seminggu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Sara menjelaskan bekas teman lelakinya itu kembali ‘menghantuinya’ selepas putus tunang dengan wanita lain pada Febuari lalu.

Menurutnya, lelaki tersebut pernah memukulnya pada 2009 dan laporan polis pernah dibuat tetapi ditarik balik kerana kasihan.

Kejadian yang menimpa Sara ini menyebabkan dirinya trauma dan bapa mangsa mahukan tindakan sewajarnya dikenakan terhadap lelaki tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut telah dilaporkan kepada polis dan kes berkenaan dihantar ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori