Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Calon Bebas PRK Kuala...

KUALA KANGSAR - Kenyataan Izat Bukhary Ismail Bukhary, calon Bebas bagi Pilihan Raya...

Anggota Unit Keselamatan Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang petugas Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) di unit keselamatan, maut...

Fokus Pembersihan Sektor Awam...

PUTRAJAYA - Fokus pembersihan sektor perkhidmatan awam yang dilaksanakan adalah bagi memastikan penjawat...

Sehari Sebelum Insiden, Juruterbang...

SEORANG juruterbang Lion Air yang menerbangkan pesawat Boeing 737 itu sehari sebelum ia...

Diskaun 10% Lebuh Raya Cheras-Kajang, NNKSB Ahad Ini

KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru (NNKSB) akan menikmati diskaun 10 peratus kadar tol sempena sambutan perayaan Krismas Ahad ini.

Taliworks Corporation Berhad dalam satu kenyataan hari ini berkata diskaun untuk kenderaan Kelas 1 di semua plaza tol di lebuh raya berkenaan akan bermula pada 12.01 pagi, 25 Dis, selama 24 jam.

Taliworks Corporation Berhad merupakan syarikat induk Grand Saga Sdn Bhd yang memegang konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, dan syarikat usahasamanya, Grand Sepadu (NK) Sdn Bhd, yang memegang konsesi NNKSB.

Diskaun berkenaan diberikan sebagai tanda penghargaan kepada semua pengguna lebuh raya dan sebagai sebahagian daripada komitmen kumpulan terhadap inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berterusan, kata syarikat itu.


“Inilah masanya untuk bergembira dan bagi pihak Taliworks, saya ingin mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia selamat menyambut Krismas dan bercuti.

Kepada semua pengguna lebuh raya, sila berikan keutamaan kepada keselamatan dan selamat memandu dengan berhemah,” kata Pengurus Besar Kanan kumpulan itu, A. Rajasolan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori