Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Berita Baik: Tarif Elektrik...

PUTRAJAYA -- Pengguna di Semenanjung Malaysia akan menikmati penurunan tarif elektrik dengan kadar...

AirAsia Akan Terus Perluas...

KUALA LUMPUR – AirAsia akan terus memperluas kedudukannya di China dan pada masa...

Harga Barang Jenama 1M’sia...

KUALA LUMPUR - Harga barang keperluan isi rumah jenama 1Malaysia tidak pernah dinaikkan...

Penangkapan Ikan Tuna Mampu...

MELAKA - Penangkapan ikan tuna di perairan negara dan juga Lautan Hindi mampu...

“Doakan Anak Saya Selamat” – Ibu Mangsa Tembakan

GEORGE TOWN – “Dia masih sibuk tanya berapa orang mati kena tembak, berapa yang cedera… makcik cakap jangan fikir semua itu, yang penting Mirul selamat.”

Itu cerita ibu jurukamera sambilan stesen RTM, Mohamad Amirul Amin Mohamad Amir, 28, yang cedera ditembak dalam kejadian di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, semalam.

Bunisa Mohd. Ali, 58, berkata anaknya sempat lagi bertanya mengenai kejadian itu semasa beliau bersamanya di unit rawatan kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP), malam tadi.

Kejadian pada 7.15 malam Khamis itu menyebabkan tiga terbunuh dan empat cedera. Mohamad Amirul Amin yang cedera di bahu selamat menjalani pembedahan dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.

Busina berkata, anaknya itu juga bertanya mengenai rakan-rakannya ketika beliau menemuinya selepas menjalani pembedahan pagi Jumaat.

Baca: Pengawal Peribadi Ada Sakit Mental Dan Asas Ketenteraan

“Makcik kata semua kawan-kawan ada dengan Amirul, semua datang sini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar wad ICU, HPP hari ini.

Bunisa berkata beliau diberitahu mengenai kejadian menimpa anaknya itu oleh anak perempuannya, Siti Munirah, 34, yang memintanya bertenang dan beristighfar sebelum menceritakan kejadian tersebut.


Beliau berkata pihak hospital memaklumkan kepadanya bahawa anaknya itu cedera di bahagian paru-paru akibat terkena serpihan peluru, selain patah tulang rusuk.

“Marilah kita sama-sama doakan kesejahteraan anak saya. Kita semua perlu tabah dan sabar hadapi semua dugaan ini,” katanya yang sesekali kelihatan menitis air mata ketika membicarakan perihal anaknya itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori