Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jalan Hulu T’ganu-Gua Musang...

HULU TERENGGANU - Kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM900,000 setiap tahun bagi membaiki kerosakan...

Keputusan Awal Makmal Tunjuk...

PUTRAJAYA - Keputusan ujian makmal terhadap sembilan sampel darah mangsa keracunan makanan di...

Cendol Seluar Dalam Yang...

Puchong - Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan...

Lelaki Didakwa Menyamar Pegawai...

SHAH ALAM - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Dua Ah Long Ditahan Kerana Peras Ugut & Takutkan Peminjam

NIBONG TEBAL – Polis menahan dua ah long yang dipercayai menjalankan kegiatan memeras ugut dengan menakutkan peminjam di sini awal pagi ini.

Mereka ditahan dalam satu operasi di Simpang Ampat dan Tasek Mutiara.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad berkata dalam Ops Vulture yang bermula pukul 3 pagi dan berakhir 2 petang ini, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah SPS menahan dua lelaki berusia 20 dan 21 tahun itu dalam satu sekatan jalan raya.

“Semasa ditahan kedua-dua lelaki itu berada dalam kereta jenis Toyota Hilux

“Siasatan awal mendapati mereka dipercayai terbabit dalam empat kes baling cat ke rumah pemimjam bagi memeras ugut mangsa yang dilaporkan dalam daerah SPS,” katanya di sini malam ini.

Beliau berkata susulan penahanan dua lelaki itu polis menyerbu rumah mereka di Taman Residensi Villa Mutiara, Simpang Ampat, dekat sini dan merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan suspek dalam memeras ugut mangsa.


“Antara barangan yang dirampas ialah pedang samurai, parang, kapak, pemotong besi, penukul, senapang angin, topeng muka, buku catitan hutang, satu balang gas paintball, cat ‘thinner’ dan wang tunai bernilai RM6,274.

“Selain itu polis turut merampas beberapa nombor pendaftaran palsu dipercayai digunakan untuk kegiatan memeras ugut mangsa, sebuah kereta alza disyaki milik peminjam dan sebuah kereta Toyota Hilux yang menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya.

Shafee berkata dua lelaki itu dipercayai anggota rangkaian sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen dan polis juga sedang mengesan beberapa lagi rakan suspek.

Beliau berkata lelaki itu Kdireman bagi membantu siasatan dan disiasat menurut Seksyen 29(B) dan 5(2) Akta Pemberi Wang 1951, 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 8 Akta Senjata api 1971. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori