Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

TPM Ke Cox’s Bazar...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan Cox's...

UniMAP Agih Daging Korban...

ARAU - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini mengagihkan daging korban kepada lima...

Muzium Kafe Pulau Pinang...

GEORGETOWN - Muzium bertemakan kafe pertama di Pulau Pinang akan dibuka pada 1...

Lelaki Maut Dirempuh Komuter

PETALING JAYA : Lelaki maut selepas dirempuh komuter yang menghala ke Stesen Seputeh...

Dua Beradik Ditemui Lemas Di Sungai Balak

KUALA LUMPUR – Dua beradik lelaki lemas ketika mandi di Sungai Balak, di Kampung Simpang Balak, Kajang, dekat sini petang tadi.

Mayat Muhammad Afizuddin Ahmad Tarmizi, 13, ditemui pasukan mencari dan menyelamat tersangkut dalam lumpur di dasar sungai pada pukul 5.42 petang, kira-kira 20 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

Kira-kira setengah jam kemudian, mayat adiknya, Ahmad Basri, 11, ditemui pasukan itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa ke sungai berkenaan bersama dua lagi rakan berusia 12 dan 13 tahun bagi memancing ikan sebelum dua beradik itu turun ke tebing sungai untuk mandi pada kira-kira pukul 3 petang.

“Semasa mandi, abang mangsa dipercayai lemas dan cuba diselamatkan adiknya. Namun kedua-dua mereka gagal untuk menyelamatkan diri sebelum tenggelam dibawa arus sungai,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Othman berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori